Khamis, 7 Ogos 2014

Boycott & buycott

Di mana-mana boleh kita dengar tentang isu boikot McDonalds ni. Pada saya, boikot ni melibatkan tindakan kita untuk tidak membeli. Kalau dah melibatkan tindakan menganggu premis atau pekerja McDonalds itu bukan boikot, itu gangguan. 

Memang kita simpati dengan nasib yang menimpa saudara kita di Gaza, yes, sebab tu kita lancarkan kempen nak boikot mana-mana syarikat yang berkaitan dengan 'mereka' yang zalim itu. Ironinya, tempias boikot ni teruk sungguh terkena pada McDonalds dan bukan syarikat-syarikat lain. Ada Whatsapp yang saya terima mula mengaitkan pemilikan kebanyakkan francais McDonalds oleh orang Melayu sebagai punca. Part tu saya tak mahu komen, sebab bukan semua yang kita terima dari Whatsapp tu 100% accurate. 

Saya cuma nak komen attitude dan perangai orang Melayu yang sangat emosional dalam kebanyakkan aspek.



Bila kita mula menganggu premis dan pekerja McDonalds, pernah ke kita fikir tentang perlunya kita menjaga hubungan kita dengan manusia. Ya, ramai sangat terlupa..Islam ni mengenai hubungan kita dengan Allah dan hubungan kita sesama manusia. Tapi kita mudah sangat fail part hubungan sesama manusia (jangan cakap org, saya pun ada masanya fail). 

Apa faedahnya buat macam ni? Nak halang mereka berniaga? Nak tunjuk otai? Sudah-sudah lah. Cukup sekadar tak membeli produk mereka dah cukup efektif untuk menyuarakan boikot kita.

Saya sendiri ada kawan yang bekerja sebagai Manager di McDonalds, tapi saya tak hebahkan di FB yang saya boikot McDonalds dan sebagainya. Saya tak tahu hidup dia dan kenapa dia tak bertukar kerja ke tempat lain. Kita nak tunjuk boikot pada musuh kita yang satu itu, tak perlu nak libatkan pekerja-pekerja McDonalds sekali.

Ingat, boikot dengan ilmu, bukan dengan emosi.

2 ulasan:

Nastyna berkata...

salam...

Itu lah kan, boikot tak kena cara. kalau nak diikutkan bukan mekdi ni jer jana kepada israel, most of the things related to amerika menjana kepada israel, burger king kfc semua tu sama jer.

My Aisy berkata...

setuju!!