Rabu, 16 Julai 2014

Isu Kereta Peugeot

Sekarang ni viral video pulak pasal seorang gadis Melayu marah seorang uncle ni sebab langgar kereta dia. Kalau ikut pendapat peribadi saya, rasanya elok kita jangan share dan jangan komen tentang video tu. Malangnya apa yang ada sekarang ni bukan setakat share dan komen, yang dedahkan maklumat peribadi gadis ni pun ada juga.

Saya bukan pandai sangat pasal ilmu agama ni, tapi apa yang di buat pada gadis tu, tidak ke mengundang dosa pada kita balik? Saya akui, saya pun ada dosa, pernah buat silap. Tapi di waktu usia dah semakin bertambah ni, kalau perkara-perkara yang kita pun tak tahu ni, jangan komen sangat la kot.

Kita memang tak kenal gadis tu, tak tahu latar belakangnya atau apa yang dah berlaku dalam hidup dia. Jadi di mana hak kita untuk jatuhkan hukum pada dia? Melainkan yang komen tu mak dia atau keluarga dia sendiri, itu lain cerita. Bila baca komen-komen orang saya cuma bayangkan aje, kalau gadis tu adik saya sendiri? Apa rasanya bila dikutuk2 orang?

Sudah-sudah la komen tentang gadis tu. Entah ape tekanan yang dia hadapi kita tak tahu. Kita semua pun tak sempurna, cuma kita bernasib baik takde siapa rakam kita masa kita naik angin dan upload kat Facebook.

1 ulasan:

transformed housewife berkata...

betul tu. Knur pun selalu jugak naik angin bila bawa kereta ni. Baru juga tulis psl naik angin sbb tak boleh keluarkan kereta dr tempat parking bila ada org double park.