Isnin, 30 Jun 2014

Dilemma Pengasuh

Rasanya kalau ibu-ibu bekerja ni, antara cabaran utamanya nak mencari pengasuh yang bagus untuk anak. Kalau ada nenek yang tinggal dekat nak jaga, lega sikit hati mak, sebab dijaga keluarga sendiri kan. Tapi untuk saya dan suami, kami pilih untuk hantar di nursery aje. Sebelum ni Muhamad kami hantar dekat rumah orang yang mengasuh, lepas tu pengasuh tu pindah. Puas juga kami survey, kebetulan dapat rumah pengasuh baru. Alhamdulillah, jagaannya baik, tapi lepas setahun, kakak ni tak dapat nak jaga Muhamad dah sebab suaminya diserang sakit jantung dan tak berapa sihat. Jadi dia kena jaga suaminya.

Sekali lagi kami kena mencari (ini part paling kritikal). Kami buat keputusan hantar ke nursery saja. Susah juga nak buat keputusan. Ada nursery bagus, siap ada aircond. Tapi takde permainan langsung, sebab tak nak budak-budak berebut kot.

Akhirnya jumpa satu nursery baru ni, ada aktiviti, permainan pun banyak. Tapi, takde aircond. Haha....En.Suami dah start lecture masa ni. Dia kata susah kalau kita nak cari yang perfect. Sebenarnya ada yang perfect, maknya yang jaga. Hehe...jadi WAHM kita ya.

Ramai kawan-kawan saya yang jadi WAHM. Mereka buat bisnes online, MLM, menjahit ke atau freelance. Kalau dah kebetulan jadi WAHM ni, 3 tahun pertama tu paling mencabar. Silap-silap boleh mengalah dan patah balik jadi pekerja ofis. Kalau ada ibu-ibu yang baca blog ni adalah WAHM atau SAHM,

TAHNIAH! 
Pada saya, anda di jalan yang benar dan jangan berpatah balik. 

Tapi tak tau la bila saya dah cukup kukuh nak jadi WAHM. Rasa macam cepat aje anak-anak membesar dan ketinggalan sangat sebab anak-anak tak membesar depat mata sendiri. Harap-harap bisnes Shaklee saya cepat mantap, supaya dapat jadi WAHM dengan kadar segera...hihi..

3 ulasan:

Rai Ourkizuna berkata...

betul.. in the end.. jaga sendiri jugak paling baik kan.. good luck~!

transformed housewife berkata...

Amiin. insha allah Nia. Knur skrg bukan WAHM, SAHM tp SAKM (Stay at kindy mom) hehe. Sambil bukak tadika, jaga anak2 sendiri jugak.

Nizam berkata...

Semoga berjaya puan..

Free2 singgah la online store saya Baby Shop Malaysia