Ahad, 27 April 2014

Kembar Muhamad

Kalau tengok gambar budak-budak kecil dengan potongan rambut macam ni mesti teringatkan Muhamad.  Hehe..
Kadang-kadang sengaja menyakat dia, tunjuk gambar ni dan tanya, kenapa ada gambar Muhamad ni? Dia pun tersengih-sengih.
Muhamad boleh tahan progress nya. Sekarang ni alhamdulillah, kurang dah demam. Pernah sekali terpaksa tumpangkan Muhamad dekat tadika kakak dia. Masa tu cuti sekolah,  ada day care aje, jadi cikgunya tak kisah.
Rasa macam nak bawak Muhamad join playgroup pulak lepas ni, bagi kembangkan minda. Eceh.

Tiada ulasan: