Selasa, 18 Jun 2013

Antara Telur, Carrot dan Kopi

Teringat cerita Prof. Muhaya minggu lepas. Tentang bagaimana kita berubah bila menerima ujian. Dia beri contoh 3 jenis manusia. 

Pertama, seperti lobak

Lobak apabila direndam air panas akan jadi lembut. Sama dengan orang yang bila dilanda ujian menjadi lemah.

Kedua, seperti telur 
Telur apabila direndam air panas akan jadi keras. Sama dengan orang yang bila dilanda ujian positif (jadi kaya dan berjaya) menjadi semakin keras dan angkuh.

Ketiga, seperti kopi
Serbuk kopi apabila direndam air panas akan jadi air kopi yang sedap. Sama seperti orang yang menjadikan satu situasi atau ujian itu beradaptasi mengikut caranya sendiri dan bukan dirinya berubah mengikut ujian itu tadi. Ertinya, menjadikan ujian itu sesuatu yang positif untuk dirinya. 

Dah sekian lama tersilap mengikut resmi lobak, esok semuanya akan berubah. Doakan ya. 

Faham tak maksud cerita ni? 
hehe...





2 ulasan:

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) berkata...

ila ada tgok masa prof cite tentang ne :)

Mizz ErMa berkata...

ha ah kan..macam2 jenis orang yang ada..kita sendiri yang menentukan jenis kita..hehe