Rabu, 5 Jun 2013

Anak-anak dan Chicken Pox

Aku terpaksa mengaku, aku baru kena chicken pox. Doktor pun tak dapat sorok dia punya rasa terkejut masa aku kata tak pernah kena masa budak dulu. Hehe..Aku ni 'rare' aku tau. Berjangkit dari En.Suami, satu lagi spesies 'rare' macam aku yang baru nak kena chicken pox.

Masa aku kena, En.Suami memang dah consider dah habis chicken pox nya. Aku risau jugak, kalau aku kena, macam mana aku nak urus anak-anak? Doktor kata kalau aku nak BF anak ke, kena sanitize tangan dulu. Aku pun ok lah. Kebetulan aku kena ni cuti sekolah, syukur juga En.Suami ada la kat rumah nak menolong, yay! Petang aku mc, En.Suami ambil anak-anak dari pengasuh dan tadika. Lepas tu dia terus bawak diaorang pun ke klinik sebab kami perasan anak-anak pun ada bintik-bintik merah yang meragukan. Balik klinik, En.Suami kata sohih budak-budak ni pun kena chicken pox jugak.

Doktor bagi kami bertiga anti-viral, katanya untuk membunuh virus varicella yang menyebabkan chicken pox. Jadi, kalau chicken pox keluar pun dalam kadar minima. Doktor kata, dulu sebelum ada anti-viral, memang kena biar chicken pox ni keluar habis, baru betul-betul clear. Tapi dengan anti-viral ni, tak perlu tunggu habis sebab dia akan dibunuh selepas badan kita selesai menghasilkan antibodi.

Memang aku sedia maklum seksa kena chicken pox ni walaupun tak pernah kena sebelum ni. Kiranya dah mentally prepared la ni. Lepas tu kena jaga si kecik 2 orang ni sekali, redha aje lah, sekurang-kurangnya ada En.Suami assist. Nak jadikan cerita, aku tersilap makan telur dan ayam masa 1st day tu, malam tu dia punya gatal-gatal badan, ieeeee, ngeri bila diingatkan. Pukul 4.30 pagi sanggup aku drive sorang-sorang ambil injection tahan gatal kat klinik. Mujur si kecik tu tak terbangun time aku pegi sekejap tu.
Ini ubat tahan gatal yang aku makan, dari 1 biji, 3 kali sehari, doktor naikkan dos, 1 setgh biji setiap 6 jam. 

Ini cream yang kena sapu pada chicken pox, jenuh la ye. 

Nak tengok gambar aku kena chicken pox? Tak payah le, biar la pengalaman blog walking anda tak menjadi satu pengalaman ngeri..hehe..

Setakat ni alhamdulillah, anak-anak aku tak teruk kena. Aku aje yang teruk. Bagi aku, ok la tu. Syukur sangat-sangat. Harap-harap kami semua cepat sembuh dan boleh bergaul dengan masyarakat semula..hahaha,..peace!





10 ulasan:

transformed housewife berkata...

teruk juga bila dah dewasa baru kena chicken pox. Tp bila anak2 Nia dha kena okla sbb lps ni diaorg dah kebal sikit.

Eliss Mie berkata...

hubby aku kena masa bulan puasa dekat nak raya tu. ya Allah dia punya memang teruk gila la. orang tua kena doc ckp bila dh kena lagi teruk dr ms budak2. seb baik den dah kena ms budak. ms tu nuha sekali terjangkit seb baik dia punya sket jer.
take care nia.

Kesuma Angsana berkata...

done follow sini... moga nia sekeluarga cepat sembuh ye r

mama aryan berkata...

salam singgah...

moga cepat sembuh ye

Sue-Rya Qistina berkata...

As Salam,

Saya dtg balas kunjungan. done follow u. Salam perkenalan ya :)

www.suriaqistina.blogspot.com

Chic Na berkata...

mmg rare lah. selalu time kecik2 je kena chicken pox ni. hihi..

Sidratul Muntaha berkata...

sbb dah pnh kene masa kecik smpai tak boleh sekolah 2 bulan
makanya
bila si abg long kena...
tido asing
tilam lapik
tmpt dia lepak aku sanitize..aku lap dgn air suam.panas
baju basuh asing
ape lagi?!
aku tido akt tgh2 klu dia nak tido sama2 dgn adik dia..
ape lagi?!
mandikan dia selalu
sapu losen calamine tu 24 hrs
bwk gi keje
lagilah..
toilet dah dekat..
kejenya main air je..
makcik cleaner smpai sengih je nengok..

Mizz ErMa berkata...

alahai..kesiannya, tp bila pk pk balik, sy pon belum penah kena lg chicken pox nih..haa sudah..

ct rahani berkata...

get well soon ye dear.. sy & anak2 pun x penah kena chicken pox lg.. en suami lak lupa nk tanya.. ngeri gak klu fikirkan.. huhu..

mama_umar_maryam berkata...

huhu..terkena ciken pox mase umar umo 3bln..dgn umar sekali kene..alhamdulillah xde infection yg kuat sgt mas etu..