Rabu, 8 Mei 2013

Little Goodbye

Sepupu aku baru kehilangan anaknya Jumaat lepas. Anaknya lelaki, tua sebulan aje dari Zafri (setahun 2 bulan). Meninggal dunia disebabkan jangkitan virus streptococcal. Zafri keluar aje dari wad minggu lepas, anaknya pulak dimasukkan ke wad. Aku memang terasa sedihnya dengan apa yang jadi, tapi aku sangat pasti mama dan ayahnya lebih sedih lagi.

Aku teringat apa yang aku pernah dengar satu masa dulu, apa yang kita ada semuanya pinjaman dari Allah. Terpulang pada Nya hendak pinjamkan lama atau sekejap. Kita sebagai hambaNya kena redha. Mama dan ayahnya redha, mereka bersyukur diberi peluang membesarkan seorang ahli syurga.

Al-Fatihah buatnya. Dia anak yang sangat istimewa dan sangat comel. Aku masih terkilan tak sempat melawatnya di hospital. Semoga tenang di sana ya sayang.


4 ulasan:

Eliss Mie berkata...

Ya Allah memang sedih tp dia orang yang beruntung sebab anaknya dah tunggu di jannah. amin

isabelle frankly berkata...

alfatihah.
semoga allahyarham tenang di sana

transformed housewife berkata...

al-fatihah.

Teena Tna berkata...

Nnt kt akhirat nnt anak mereka akn tunggu mereka di syurga..insyaAllah, Teena pun turut tumpang simpati