Jumaat, 10 Mei 2013

Ingat senang jadi mak? Perghhh!

Aku serius jeles kalau tengok orang yang ramai anak, keluar berjalan-jalan shopping complex dan masih nampak tenang. Aku nak tau kenapa aku tak boleh sabar macam dia. (Jangan kata sebab aku kurang iman, kejam woo..haha). Bukan tak boleh sabar, senang cakap, anak-anak aku, terutamanya Diha the great, akan lari macam tak cukup tanah kalau pegi shopping complex. Aku risau wei, sekarang banyak kes melibatkan budak-budak. Satu masa dulu, ada parents yang pasang harness bertali pada anak-anak mereka, macam biasa masyarakat cepat la menghukum, kata macam tali anjing la bagai, kalau anak diaorg hilang, diaorg yang susah kan? bukan orang lain.
Diha masa zaman dia muda-muda

Lepas tu muncul Mat Zafri. Belangnya belum terserlah lagi, tapi potensi tu ada. Sekarang ni, dia tak nak berdukung, time dia tak pandai jalan lagi la haru, dia nak merangkak kat shopping complex tu. Ape kes? Malu aku dengan En.Suami kalau macam ni, huhu...Sekarang dia dah pandai jalan, brace yourself! Dia akan berlari-lari dalam shopping complex tak lama lagi.
Mat Zafri - pendatang baru bakal menyaingi kehebatan Diha

Lepas tu bab makan, kadang-kadang bila jadi ibu, kita tak boleh nafikan orang lain akan concern dengan apa yang kita bagi makan anak-anak kita. Aku serius tak kisah orang tegur kalau diaorg rasa tak sesuai apa yang aku bagi anak aku makan tu. Tapi, aku memang ada terasa sedikit down lah, sebab aku rasa macam aku ni tak perform dengan bagus sebagai mak.

Lagi satu, time management. Arghhhh...aku tak tau bila aku nak master part ni. Aku sedang buat part time business Shaklee kan, dan sangat-sangat penting untuk aku master the art of time management. Tapi, aku masih tak begitu bagus part ni. En.Suami sangat bagus, very supportive, tapi ada sesetengah perkara terutama hal anak-anak yang En.Suami tak dapat nak tolong cover jugak. Aku rasa time management berkait dengan priority jugak, aku kena tau apa yang penting dan apa yang tak.

Hakikatnya aku tau, jauh lagi aku ni untuk jadi mak yang baik. Jauh sangat. Tapi at least aku dah tau kelemahan aku kat mana, jadi boleh tackle masalah tu sikit-sikit. Insya'Allah! 

Ada idea macam mana aku nak master time management? Mohon bantu! hehe...


4 ulasan:

Tihara berkata...

seronoknya ada naak penghibur hati ni :)

wawa syaida berkata...

pengorbanan seorang ibu...kalau boleh nak leboh dari 24jam sehari kan

Siti Nurhuda Husna Zulkarnain berkata...

Comelnya anak-anak sis~:D

Design blog ni pun comel. Hehehe.

Yang tentang time management tu maybe boleh buat jadual ke checklist. Letak alarm ke.

Owh ye. Saya follow blog ni~ Menjenguk dari Yoyooh blogger~ ^_^

H.I.M berkata...

buat jadual waktu la mcm zaman skolah...