Rabu, 15 Mei 2013

Chicken Pox

Aku jugak yang dapat nama, heh!



En. Suami dilanda chicken pox! Tapi aku tak boleh cerita banyak tentang tu, takut dia marah. Ada sekali tu dia perli, kalau berapa kali awak masuk toilet setiap hari, ada update kat blog juga ke? Aduiii, makan dalam dibuatnya.

Aku belum pernah kena. Tapi menurut doktor, benda ni tak boleh jangka. Ada juga orang kena lebih dari sekali. OK, itu cukup ngeri. Puncanya adalah virus varicella zoster virus (aku yakin takde kena mengena dengan vuvuzela)

Varicella vaccine wujud sejak 1995, kalau tak silap baby zaman sekarang memang dah diberi vaccine ini. Kalau baby zaman dulu macam aku ni, harus lah takde kan. Lepas membaca info pasal chicken pox ni, aku dah rasa cuak pulak. Esok jugak aku nak ambil vaccine ni. Lagi pulak dah tengok apa berlaku pada En.Suami. Mungkin seminggu kena MC. Aku tak boleh MC seminggu, nanti kerja ofis tu sape pulak nak buat? huhu...

Ada 3 tempoh yang aku paling takut terkena. Masa aku nak exam time matriks, masa nak nikah dan masa aku pregnant. Alhamdulillah, tak kena time tu. Tapi, sekarang ni pun tak kurang getirnya, sebab aku masih menyusu anak, chicken pox ni kena kuarantin. Mintak dijauhkan lah,..isk..

1 ulasan:

Uncle Lee berkata...

Hello Nia, love your humour.
Wow, hubby now at his age kena chicken pox? Ok, better now then bila da tua.
Saya pun never experienced it, thank goodness.
Anyway, it'll go off within few days, but going to be very gatal for him.
You have a nice day and keep a song in your heart.
Lee.