Isnin, 11 Mac 2013

Konsert Madihah

Tadika Madihah ada konsert hari tu (ok la, bukan hari tu, beberapa bulan yang lalu jugak ni). Konsert ni macam konvokesyen untuk tadika. Aku frust sikit sebab takde limit untuk tetamu yang boleh datang ke konsert ni, maka terjadi la ibu bapa yang terpaksa duduk kat bawah sebab tak cukup kerusi. Harap-harap akan datang guna la sistem tiket ke, lagi pun berbayar, tak salah kalau buat sistem macam tu. Lain la kalau free. Boleh la free seating without limits.
Ini graduates, yang umur 6 tahun.

Ini Madihah masa acara untuk 4 tahun, pakaian beragam. Beria aku beli kebaya ni untuk dia pakai time raya, last-last dia pakai 3 minit aje, lepas tu nak baju kurung biasa. Nasib baik ada event ni, dapat la jugak tengok dia pakai lama sikit kebaya ni.

Ini budak sekolah Madihah sambut birthday. Ye, Madihah memang kaki sebok macam mak dia.


Ini Madihah dengan kawan-kawan dia. Yang tengah tu kawan Diha yang menang Pakaian Beragam.

Madihah excited sangat pasal konsert ni. Maka, bila sekarang dia malas nak bangun pagi pegi sekolah, aku dengan ayahnya akan cakap, "Kalau malas pegi sekolah, Teacher tak nak bawak pegi konsert", lepas tu mesti dia akan cepat-cepat bangun..hehe

7 ulasan:

Huda berkata...

comel diha pakai kebaya :)

Etty Selamat berkata...

lepas konsert ni kalau diha malas nak pergi skolah nk buat alasan ape pulak kak??

transformed housewife berkata...

budak2 tadika mmg seronok bila time concert.

H.I.M berkata...

apasal madihah gemuk?
pp naik

Nia berkata...

Huda: comel mcm mak dia tak? Hehe
Tetty : Lepas ni cari alasan tak mau belikan dia kasut baru yang dia nak, hehe
Kak Nur: Memang excited sangat dia kak
HIM : Madihah marah ko nanti tau

isabelle frankly berkata...

hehehe.ugutan yg boleh digunakan smpi bila tu?
hamboiii..mcm la konsert tu ada tiap2 minggu.hahaha

Nia berkata...

Belle: tu ugutan yg akan digunakan sementara ia masih efektif, haha