Isnin, 25 Februari 2013

Syurga Baby

source : baiboo FB

Aku yakin pada anak-anak aku, aku ni segala-galanya. Hehe..walaupun ada unsur-unsur riak dan syok sendiri di situ, cuba tanya diri korang sendiri, masa kecik-kecik dulu, apa pandangan korang tentang mak atau ibu korang?
Pada aku, masa kecik-kecik mak aku tu la paling perfect. Bila fikir-fikirkan, time belum ada kawan yang betul-betul lagi, memang kita ada mak aje. Lagi pulak untuk baby, memang mak la segala-galanya.
Kadang-kadang aku rasa serabut jugak bila anak-anak aku semua asyik nak berkepit aje. Aku nak pergi toilet pun nak ikut, haih! Tapi, bila aku kenang balik, ini la anak-anak yang Allah bagi aku sebab aku nak sangat dulu, aku insaf balik. Bila takde anak, bising, dah dapat anak nak bising lagi ke? Bersyukur lah dan jaga anak tu baik-baik.
Sobs...mood : insaf.


3 ulasan:

zarena heeney berkata...

betul tu kdg2 kita rasa rimas bila ank asyik nak berkepit dgn kita jea
tapi bila anak tggl sekejap dgn neneknya mula la rindu jea memanjang...

nie jom join contest di blog ena :)

transformed housewife berkata...

knur pun kdg2 rasa rimas bila anak2 berkepit walau dah besar yg umur 8 & 6 thn tu. Tp kalau diaorg mmg rapat dgn kita dr kecik, besar2 pun diaorg sentiasa ingat pd kita inshallah.

zety berkata...

ok mak insaf..huhu