Isnin, 7 Januari 2013

Terukir di Bintang - Yuna

Aku memang suka lagu ni. Jadi bila lagu ni menang dalam Anugerah Juara Lagu semalam, aku takde bantahan..haha..
Mula-mula rasa sangsi jugak Aizat nak bawak lagu ni,..boleh ke? Tapi bila tengok semalam, rasa macam ok. Jadi sweet aje lagu tu. Lepas tu masa ending tu, ada pulak keluar muka Yuna tengah lambai, rasa macam lagu tu tuju kat Yuna pulak..haha..sweet aje. 
En.Suami suka part last yang ada persembahan rock tu aje. Haha..dia tak berkongsi excited aku tentang lagu Yuna ni. Bila aku kata lagu MOJO best pun, dia tarik muka.
Tapi, kalau keluar lagu-lagu rock kapak, memang dia la yang paling excited, aku pulak yang tarik muka. Semalam nampak trailer cerita baru Mamat Khalid, Rock Ooo..terus dia kecoh-kecoh nak tengok. Adoi,..aku kena ikut la kot, sebab hari tu dia teman aku tengok Twillight. Walaupun ending Twillight tu dengan muka tak bersalah dia boleh tanya aku, diaorang ni sebenarnya ape? Orang ke tak? Diaorang semua VAMPIREEE la En.Suami!...huhu...memang betul la, susah nak cari lelaki yang minat Twillight.
source

Kalau aku malas nak pegi tengok filem ni, aku suruh dia bawak Diha aje nanti..haha...puas la dia nak melayan.

Apa pendapat korang tentang result AJL semalam?

2 ulasan:

isabelle frankly berkata...

org selalu dok buat lawak..fag je minat twilight, sbb tu lelaki x suka kot.
tapi i yg pompuan pun x suka. haha

MyKhalish berkata...

Terukir Di Bintang mmg layak menang.. lagu tu sgt indah sama ada melodi dan lirik.. mmg best.. persembahan pun sgt unik dan klasik.. :)

MyKhalish.com: Kenangan 2012