Khamis, 13 Disember 2012

Zafri & Minggu Keledek

Minggu ni aku ajar Zafri makan keledek atau sweet potato. Aku tau pada mulanya aku bercadang nak bagi Zafri eksklusif BF sampai umur 2 tahun (perghh,..cita-cita melangit). Tapi disebabkan tekanan persekitaran dan aku tau pengasuh anak aku tak sampai hati tengok anak aku teringin nak makan, aku pun akur. Keadaan mungkin lebih mudah kalau aku ni WAHM. Yeah, sape2 yang jadi WAHM tu, I tersangat jeles dengan u babe!

Berbalik pada keledek tadi. Ya, ini detailsnya

Minggu Keledek

Nama : Ubi Keledek
Sumber untuk : Karbohidrat, karotena, selulosa dan sejenis protein dikenali sebagi musin.
Faedah : Menguatkan limpa dan perut serta merangsangkan pengaliran tenaga 
Keistimewaan lain : Mengubati bisul dengan menggunakan daun keledek yang dilumatkan dan diletakkan pada bisul.

Nama Peserta Minggu Keledek : Muhamad Zafri
Umur : 8 bulan
Objektif : Memastikan peserta kenal pada tekstur dan rasa makanan


Minggu depan aku nak anjurkan Minggu Avocado pulak..haha

Nota : Zafri sekarang dalam kategori Fully-BF sebab dia dah mula makan, tapi masih BF. Boleh rujuk di sini

Apa korang suggest untuk bagi makan dekat baby? 

2 ulasan:

transformed housewife berkata...

kalau tak silap, ubi keledek, ubi kayu tak berapa elok sbb arsenik. ubi kentang ok. puri buah2 pun ok. biasa knur bg bubur nasi, ayam dan tukar sayur2 utk dikisar halus.

zety berkata...

wahh baguih2!ok aper 8 bln baru nk taste mknn.atleast still bf