Isnin, 24 Disember 2012

Berpantang dengan adik

Stock Photo: Giving birth. Image: 21812510

Aku pernah ada seorang kawan dulu, tarikh bersalinnya hampir sama dengan adiknya. Beza beberapa minggu aje. Confirm akan berpantang sama. Tapi, kawan aku tu kata dia akan berpantang kat rumah mertua sebab tak elok ada 2 orang yang berpantang dalam satu rumah. Masa tu aku tak tanya lebih lanjut pulak kenapa. Apa yang aku tau, lepas beberapa tahun, aku sendiri dah ada pengalaman berpantang, maka aku rasa ini la sebabnya dia nak berasingan berpantang tu :

1) Takut ada yang terkecil hati bila tumpuan lebih diberi untuk pihak satu lagi.
2) Orang berpantang ni perlu diberi tumpuan khas, takut la demam atau bentan.
3) Kesian dekat orang yang menjaga, biasanya emak la yang kena jaga. Bayangkan kalau nak menjaga 2 baby dan 2 ibu berpantang..Adoi..

Rasanya itu lah sebab-sebabnya. Aku tau ada aje ibu berpantang yang terpaksa berpantang sama-sama dengan adik/ kakak/ipar atau sepupu atas sebab terpaksa. Tak dinafikan jugak ada yang boleh mengawal emosi dari berfikir bukan-bukan atau jeles dengan pihak satu lagi semasa berpantang. Tapi, perempuan ni susah dijangka. Kalau time dia tak pregnant atau berpantang pun boleh emosi dan sensitif, apa lagi kalau time berpantang kan? 

Apa pendapat korang?

IKLAN 

http://kedaivitamin.com/set-bersalin-shaklee/



3 ulasan:

Rai Ourkizuna berkata...

betul kata nia, pompuan ni sensitif lebih sikit masa dalam pantang.. nak perhatian lebih..so kalau ada pilihan lebih baik secara berasingan.. lagi pun mmg kesian org tua nak jaga dua org sekali gus..

mamalieyna berkata...

Yelah..ada betulnya..emosi mudah tersentuh..

Berpantang sendiri jerlah..hehe..dh ada experient..tp itu pun byk cobaan...huuu...

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) berkata...

Upahla org jaga.. mungkin lebih senang n tenang kiki