Jumaat, 16 November 2012

Surau SPA di Space U8

Kalau korang pernah pergi ke Space U8 di Bukit Jelutong, mesti korang tau tentang suraunya yang agak 'awesome' ni. Bersih, kemas dan teratur. Kalau pertama kali menjejakkan kaki ke surau ni, mesti akan terselit rasa kagum. Maklum saja lah, kita dah biasa dengan surau-surau kompleks membeli-belah yang diletakkan di tempat tersorok dan kawasan parking kan, dapat surau macam ni, memang satu rahmat. 

Ini entrance surau, diambil dari dalam surau.

Disekeliling ruang solat ada air mengalir ni. Jadi solat adalah diiringi dengan bunyi air yang mengalir. Bunyi burung berkicauan aje takde, kalau tak, lengkap pengalaman solat outdoor korang..hehe..Tapi seriously, sangat tenang solat dengan bunyi air mengalir ni. Apa kata aku mintak En.Suami pasang macam ni kat dalam rumah? Hmm,..mungkin tidak..huhu..

Ini ruang solat lagi. 

Tadaaaa...ini yang paling special. Ada bilik khas dengan cermin besar untuk korang betulkan tudung. Selalu kalau surau kat shopping complex ni, bergelut la orang nak betulkan tudung ni dengan orang yang nak solat. Elok benar la ada bilik macam ni.

Surau macam ni baru la nampak macam surau yang memang termasuk dalam perancangan. Maksud aku, sesetengah shopping complex ni buat surau macam tangkap muat aje. Seolah-olah dah siap semua baru teringat nak kena ada surau, atau pun memperuntukkan ruang solat yang terhad.

Surau kat mana yang korang rasa menarik? Kenapa?

8 ulasan:

Amira Fairul berkata...

syoknya surau ni. tak pernah masuk surau shopping complex camni. teringin nak masuk. hehe

Syarih berkata...

cantik ruang dalam surau nih...sejuk mata memandang.

Mummy Adriana berkata...

wah bestnya! kan rumah ALLAH sepatutnya la dibuat bagus cam ni...! Selalu kita perasan toilet je yang ohsem sangat..padahal tempat jin bertendang :P

Ayuni Ayatillah berkata...

Salam Perkenalan Nia. Baru terjumpa your blog :)

Wahhhh i tak tau pulak Space U8 ni surau cantik macam ni..Kan bagus kalau surau2 shopping complex lain macam ni, kemas dan cantik.

I kadang2 pelik kenapa takde apapa regulations untuk developer shopping malls buat surau yang elok dan bersih. Kata negara Islam, tapi kalau setengah2 tempat tu surau macam hidup segan mati tak mau je. Huhu..

Keep on writing!

Yunayuni@Mommy Confessionals
http://yunayuni.blogspot.com

Eliss Mie berkata...

best betul kalau semua surau mcm ni kan. selalu yg jumpa kat basement ataupun atas atap..hahaha

MyKhalish berkata...

xpernah smp sini lg.. cantiknya.. respek kt owner space u8 yg mengutamakan surau..

mariaariffbaby.com berkata...

ha ah la cantik!

kita rasa ada satu surau kat R&R yang tak kurang menariknya! but kita lupa lak kat mana..

mama_umar_maryam berkata...

bagus sgt ade surau camnikan