Rabu, 10 Oktober 2012

Zafri & Demam

Aku dah bersedia secara mental masa mengandungkan Zafri. Aku tau yang aku dan En.Suami akan mula satu round lagi tido malam yang tak cukup, anak yang meraung tapi kami tak tau sebab, cari pengasuh dan sebagainya. Tapi, aku lupa satu lagi dalam pakej ni, bila anak demam. Sebab ape aku lupa? Sebab aku ingat anak yang BF tak mudah jatuh sakit. Hek ele... 

Maka, itu la yang terjadi minggu ni. Zafri demam. Aku dah EL hari Isnin untuk jaga dia. Perghh,..aku memang dah lupa yang baby bila demam ni akan jadi manja yang amat. Zafri asyik nak berdukung, tido pun nak baring atas lengan aku, uiii, anak mak sungguh.

Masa malam dia demam tu, dia punya panas tu buat aku terasa tengah dukung cerek panas. Muka dia pun merah macam tomato. Cuak jugak aku, teringat orang cakap, budak kecik kalau demam jangan dibuat main.  Aku bawak dia ke klinik. Alhamdulillah ada kurang. Tapi, petang semalam mula balik dah. Isk,..


Kalau anak kurang setahun, sesuai atau tak kerap bagi ubat demam yek?

4 ulasan:

Zura@Iwan berkata...

demam ni mmg arr x leh main2 kan...kita dl irfan demam mmg ssh ati..tido mlm x lena...asik monitor dia..

kena jelum kepala ngan air+limau nipis x slh..

below 1yr mmg x elok kasi ubat demam..tp kalau tdesak, bg x per..bkn kita suka2 nk kasi dia mkn ubat...huhu

mama_umar_maryam berkata...

emm..setau aku,bwh setahun mmg doc x bagi ubt selesema ..ubat batuk xpasti..

transformed housewife berkata...

kalau kurang 2 thn sebenarnya tak elok bg ubat demam kerap sgt. Kena lebihkan BF & lapkan bdn dgn kain basah.

Suliana berkata...

klu dmm mild blhla di lap2 dgn kain basah. tapi klu dmm kuat, kena mkn ubat juga. nak kasi turun suhu dia, nak elak dari sawan.. smg cpt sembuh ye..