Khamis, 25 Oktober 2012

Projek Baru

Aku tengah usahakan projek baru ni (ayat macam bagus aje). Aku rasa sekarang aku dah kena ada perubahan dalam hidup. Aku harap 10 tahun akan datang, selain dari menjadi sangat tua, aku juga dah ada hala tuju hidup yang lebih baik. Macam kata orang, anjakan paradigma..perghh..Projek apa tu? Aku tak berani cerita pada sesiapa pun, takut tak jadi. Nanti malu weh. Sekarang pun tengah terkial-kial lagi. Pada sesetengah orang, projek aku ni apa la sangat. Tapi, pada aku yang seumur hidup tak pernah terfikir nak masuk ke bidang ni, memang sangat besar projek ni. 

En.Suami memang bagi sokongan. Aku sayang betul En.Suami, selalu sokong aku. Tapi kalau time aku nak beli baju raya Jovian Mandagie kat Poplook, dia tak sokong pulak. Isk. Kenapa laaa. Korang ada tengok baju Jovian kat Poplook?

Jetta - Peach & Blue

Aku selalu tengok aje. Sekarang dah sold out pun semua bajunya. Harganya takut lari budget. Biarlah, telan air liur aje la dulu...hmpphhh..

Meet Marvin

5 ulasan:

mamalieyna berkata...

chaiyok2x.. hrp impian besar masa depan tu dipermudahkan n menjadi nyata..Amin..

Marina Fazzly berkata...

uiiii...gila mahal baju nih..
hehehe...

transformed housewife berkata...

good luck with your new project. Knur pun tgh mengusahakan sesuatu jugak. Takut jugak nak bgtahu org selagi belum siap semuanya.

Kak Lin berkata...

Tahniah sis! Yg penting niat nak menganjak tu ada. Ada orang hidup asyik negatif, bagi pendapat negatif, fikiran negatif, segala negatif. Sah sah la tak menganjak kemana-mana :-)Semoga dipermudahkan Allah.

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) berkata...

da tgok mahal jugak