Isnin, 1 Oktober 2012

Baby Bullet yang hebat

Masa aku buat entry nak menyusu anak secara eksklusif sampai 2 tahun, aku memang sangat bersemangat. Tapi, lepas aku dah tanya-tanya orang yang berpengalaman dan aku observe sendiri anak aku yang nampak macam tak kenyang dan susu aku sendiri yang tak berapa nak consistent. Aku tukar plan, aku nak cuba untuk fully BF sampai 2 tahun. Pendek kata aku ni 'propa' la dulu tuh. 
Maka, ini la alasan terbaik aku pada En.Suami untuk membeli 

BABY BULLET
(siapa-siapa yang kenal mak aku, jangan bocorkan kat dia aku beli set ni, nanti dia bising kata aku suka membazir..haha)

Tapi, aku yakin ini tak membazir, memandangkan blender kat rumah aku (yang jugak merupakan hadiah kahwin aku 5 tahun lepas) telah digunakan secara aktif untuk blender sambal belacan dan bawang. Takkan aku nak blend makanan Zafri dengan blender yang sama kan? (Baik korang setuju dengan aku, sebab aku tengah nak meraih sokongan ni)

Aku akan pastikan Zafri makan dengan berkhasiat setiap hari dengan bantuan Baby Bullet (perghh, mata bersinar-sinar, tengah semangat kan). Tengok la 2-3 bulan lagi, betul ke jadi atau propa lagi aku ni..hehe..


Apa makanan pejal pertama yang korang bagi pada baby?


6 ulasan:

Mixed-family in da house.... berkata...

oowh sangat best jer ini alat! kenapa ya dulu saya tidak jumpa?? ....last2 beli jer mini blender philips utk food anak...huhuhu

LaLaLOLa berkata...

kak, nk beli kat ne ni?

mummY daniSha berkata...

skang dah byk kesedaran kan...time sy dulu bg makan bubur je hari2 hehee

Eyriqazz berkata...

woww..byknya koleksi..memang bagus laa bullet2 nya..hik3

transformed housewife berkata...

knur selalunya akan bg bubur nasi kosong je dulu. kena cuba2 bila nk bagi baby mkn. boleh tukar2 dgn ubi kentang juga. tapi baby bullet tu best tu. bagus jugak kalau ada.

mama_umar_maryam berkata...

pehh name pon hebatt,hehehe,seigt aku,makann pejal bdk2 ni,bubur kanji tu ha