Rabu, 19 September 2012

Menyusu Anak Sehingga 2 Tahun


Aku dapat tahu ada sesetengah ibu yang menyusukan anak sampai 2 tahun tanpa bagi makan 'solid food'. Dalam Al-Quran pun ada sebut tentang ini. Zafri setakat ni nampak cukup aje walau dengan susu badan sahaja. Tapi, aku sangat pasti akan banyak dugaan kalau nak menyusukan anak tanpa beri 'solid' sampai 2 tahun. Dugaan utama mesti dari orang sekeliling. Sure kena kondem gila-gila lah. 

Tapi, ada dalam Quran ni weh. Kalau ada orang pertikai keputusan kita nak pastikan anak kita dapat susu badan sahaja, bukan kah orang tu pertikaikan apa yang didalam Al-Quran? Aku ni tak pandai sangat hal agama. Nak tau juga pendapat orang lain.

Apa pendapat korang?

6 ulasan:

Rai Ourkizuna berkata...

yang terbaik..berbincang dengan husband dan keluarga terdekat kalau perlu.. make sure bekalan susu mencukupi. kalau berat zafri ikut graf dan takde masalah lagi senang nak cantas orang keliling.

apa pun kita buat memang akan ada yg tak puas hati.so buat tak reti je.. jgn peduli kat diorang ni..

nieda berkata...

setuju..kalau tak silap najis muqafafah adalah najis ringan bayi lelaki yang berusia sehingga 2 tahun yang hanya menyusu sus ibu shj tanpa campuran makanan lain. Wallahualam..

Cumanya bagi pendapat saya, nak maintain susu tu yang payahnya. Ada masa susu akan merundum terutama bila cik p datang.

chugie berkata...

Betul tu nia, kena ada kekuatan emosi dan kekuatan nk membangkang utk lakukan ini..

tp sy hanya mampu bg susu badan bersama solid food.. tu pun dh buat saya sangat2 bersyukur yg anak masih menyusu badan sampai sekarang dan x campur dengan FM langsung.. :D

Alhamdulillah..

Karisma Izzah berkata...

my fren kat sini ada yang berjaya menyusu anaknya sehingga 2 tahun tanpa solid food, sebab anaknya xnak other than breast milk.

Tak mustahil. banyakkan makan kurma, sup2 yang tinggi protein seperti sup ikan merah, sup ikan tenggiri, makan masa panas. makan lobak putih (banyakkan susu), kacang panjang (pekatkan susu) dan kalau bekerja, guna pam elektrik yang boleh laras kekuatannya sedutan. Kamu akan perlukan pelarasan ni bila umur penyusuan semakin meningkat

This is a story based on experience...

Zura@Iwan berkata...

selagi anak mbsr sihat...x slh kan....

mummY daniSha berkata...

rasanya boleh je susu badan je sampai 2 taun....tp kalau sy,bg makanlaa jugak hehe...