Jumaat, 28 September 2012

Jangan Buli

Buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini secara tidak langsung, menjadikan mereka yang lemah mematuhi atau menghormati mereka yang kuat. Ada maksud lain yang menyatakan bahawa buli bermaksud tingkah laku agresif sama ada dalam bentuk fizikal atau psikologikal yang dilakukan secara berulang kali ke atas mangsa dan ia bertujuan mendatangkan perasaan tidak selesa, aman, tenteram dan harmoni. Secara keseluruhannya, perbuatan membuli merupakan perbuatan yang tidak baik serta boleh membuatkan orang lain boleh menjadi mangsa serta boleh mendatangkan ketidak selesaan kepada orang lain.


Ha,..korang jangan buli tau. Kalau pun bukan secara fizikal, secara psikologi pun dikira sebagai buli tau.

2 ulasan:

transformed housewife berkata...

dulu2 suka buli adik2. skrg tak dah. hehe

maya amir berkata...

2-2 buli pun tak boleh..kalau kat sekolah, 2-2 buli ada..kalau kat office, buli mental..torturenye..hehehe