Isnin, 3 September 2012

Baby Rania

Adik aku dapat anak seminggu sebelum raya baru ni. Bagi family aku, ini anak saudara pertama aku. Tapi, kalau ikut family En.Suami, rasanya dah ada 14. Aku dengan En.Suami tak decide lagi kami akan dipanggil apa oleh anak saudara kami yang baru ni. Kalau belah suami, gelaran kami Achik dan Ayah Chik. Ikut keluarga aku, kalau Perak mungkin aku ni Mak Chor atau Mak We. Hahaha..Aku mungkin pilih untuk jadi Mak Long kot. 
Sabtu lepas kenduri Aqiqah anak saudara aku ni. Lupa pulak, nama si comel tu Nur Rania Qaisara. Ini katil Aqiqahnya. Kawan SIL aku yang hiaskan. Cantik juga. 
Anak aku si Zafri pun tumpang jugak, sebab dia hutang seekor kambing. Tapi, kami tak jemput orang sangat, sebab kami anggap ni majlis untuk Rania.

Ini si comel Rania masa baru lahir. Harap-harap Rania cepat besar dan pandai bercakap. Nanti boleh panggil Mak Long. Hehe..

6 ulasan:

Wansteddy Tales berkata...

Sweet sngt design katil pinky blue baby :) Baby pun cute2 sngt. putih merah kulitnya ^^

Huda berkata...

hai maklong :) comel baby rania! huda pun bulan puasa hari tu baru dapat anak saudara pertama sebelah huda..aah ye, nak suh panggil apa ek? :)

mariaariffbaby.com berkata...

cantik! sweet katil baby tuh

Eliss Mie berkata...

comelnya baby..bibir semua abes pink yer :)

transformed housewife berkata...

Knur pun anak2 saudara belah Knur panggil Mak Long cumo dle telor Kelate bunyinya "Mok Long". hehe

mama_umar_maryam berkata...

sedap name rania tu..wahh ade genglah zafri