Rabu, 15 Ogos 2012

Jumperoo Idaman


Dulu member aku pernah cakap, kalau kita rasa nak beli sesuatu, tapi ragu-ragu, tunggu 2-3 hari. Kalau kita masih ada keinginan nak beli, kita memang nak la benda tu...haha, aku suka konsep nih. Mengurangkan rasa bersalah. 
Buat masa sekarang aku sangat teringin nak beli Jumperoo ni untuk Zafri. Wah..sangat menarik, Zafri pun tengah musim suka melompat-lompat sekarang. Tapi, dia baru 4 bulan, banyak masa aku nak kumpul duit untuk beli (pergh..sanggup..)
En.Suami sangat skeptikal bila aku kata nak beli Jumperoo ni. Dia kata Zafri pakai kejap aje pun. Aku kata aku teringin sangat nak beli. Lepas tu En.Suami nampak confuse, 
"Nak beli untuk siapa? Zafri ke mak dia?" 
Hisyk...untuk Zafri le, aku mana muat nak masuk dalam tu. Tapi bila bayangkan Zafri masuk dalam tu lompat-lompat tersengih-sengih, alahai...cair hati mak. Rasa nak beli hari ni jugak. Tapi, tengok la macam mana. Boss besar tu tak setuju pulak. Benda ni bukan boleh beli sorok-sorok pun, besar gedabak, sure kantoi punya. Ha,..tak pun aku boleh tutup dengan kain yang orang guna untuk tutup kereta tu. Haha, dah la tengah-tengah bilik. Kalau En.Suami tanya, aku cakap la tu barang orang pompuan. Yes, bijak tu. Mesti dia tak minat nak tengok.
Hmphh, kalau la semudah itu.

Korang selalu beli permainan macam mana untuk anak?


7 ulasan:

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) berkata...

nak tau tak yg terbaru nie hubby ila nak beli keta control utka nak2.. ila dok bayang keta control kecik rupanya yg keta control yg kat shoping comlex. byar tiga hinggit dapat main 20 minit tue..yg boleh bawak tue.. humaaa aii kan mahal.. mmg mahal so en papa kata kali nie kita bagi anak2 rasa hasil duit raya diorang hahaha..sabar jelah

transformed housewife berkata...

knur pun byk jugak belikan mainan yg hubby tak berapa berkenan. tapi selalunya ddah terbeli baru bgtahu. hehe

H.I.M berkata...

Bnda ni?kt pasar malam pn ada jual..lama3 dia bosan la..nk terkinja kinja...mak dia leh la terkinja kinja

mama_umar_maryam berkata...

nia!! aku dulu siap sewa jumperoo sbb x lulus permintaan nk beli,hahah, tp mmg kejap je budak2 ni nk duduk situ..aku sewa 2 bulan ..smpi diorg xmo dok situ dah,hahaha..xsilap ade dlm entry blog aku

ummiIqbal berkata...

Beli jgn tak beli :) i kasi 3x byr..uhmmm

Adzrah berkata...

Alahai Nia, betul cakap suami tu. Bukan boleh guna lama. Kalau nak juga, cari yg second-hand lah. dlm mudah/ lelong ada rasanya (kalau ada rezeki). barang2 baby ni, kalau nak beli kena fikir byk kali. mesti ada tempoh bertenang. sebabnya baby akan cepat membesar, guna sekejap je nanti. Unless, ko ada cadang utk ber-baby lagi dlm masa terdekat ni. Heheheh!!

mariaariffbaby.com berkata...

kita baru jek usha benda alah ni..yes..agak pricey skit kan..

maybe ada sebab mr hubby tak berminat sebab tak multi function..

kita lak beli toys yang multifunction. macam fisher price ada toy yang boleh jadi walker basikal. pricey gak but praktikal..

but bila kita dah berminat..mmg asyik terbayang jek kan..