Selasa, 10 Julai 2012

HFMD di Tadika Madihah

Masa ambik Madihah balik tadika semalam cikgunya beritahu aku, tadi Doktor datang check, Madihah ok. Blur-blur ayam aku, kenapa pulak Doktor datang sekolah? Rupa-rupanya ada 7 orang budak tadika Madihah kena kuarantin sebab HFMD (Penyakit kuku, tangan dan mulut). Puncanya tak diketahui, mungkin ada budak yang kena dan bawa ke tadika tu juga, tak semestinya puncanya di tadika tu aje. Neves aku dengar. Sian pulak pada Diha, baru nak adapt suasana baru kat tadika ada ancaman ni pulak.

Sebelum ni aku tak ambik tau sangat pasal HFMD (tak hengat punya ingnorance!) Bila dah ada kes macam ni baru la terkial-kial cari info. 

Tanda-tanda penyakit ni

• Demam berkemungkinan mencapai panas sehingga 39oC 

• Sakit tekak 
•  Ulser pada tekak dan mulut 
•  Sakit kepala 
•  Ruam bersama lepuh terdapat di tangan, kaki dan di kawasan lampin.

(Ye, aku copy & paste dengan jayanya)

Patut hubungi doktor bila...
Anak anda tidak membuang air kecil lebih lapan jam 

• Anak anda kelihatan kusut, mengantuk, pucat atau berbelak-belak, resah atau meragam dan tidak dapat tidur atau berpeluh dingin 
• Demam lebih tiga hari
•  Sakit mulut semakin teruk 
• Anak anda mengalami lemah otot kaki dan tangan atau diserang sawan.

(Yes, aku copy & paste lagiiii)

Jika seseorang kanak-kanak ada menunjukkan simptom seperti di atas, dapatkan rawatan doktor segera. Jangan bersikap sambil lewa (ignorance lettew). Sebarang kelewatan untuk mendapatkan rawatan mungkin boleh menyebabkan kematian..
Aku start cuak bila nampak boleh sebabkan kematian tu. Syukur Diha ok. Tapi aku risau jugak lagi ni, ado laa..Jadi mak ni banyak betul kerisauan rupanya, baru aku tau..huhu...Tu la, dulu masa kecik2 selalu buat mak sendiri risau, sekarang dah merasa..isk..

Apa yang korang selalu risau pasal anak-anak?

3 ulasan:

Rai berkata...

so far saya tak berapa nak risau pasal wabak ni sbb anak2 mak mertua yg jaga..tapi risau sbb budak2 tu terlalu buas..maklum la semua lelaki (anak saya sorg je perempuan) melompat sana sini.. si damia dah berkali2 jatuh kepala benjol..risau sungguh..

Wan Xahir berkata...

kak.. wan nyer pandangan kalau boleh jgn hantar madihah lagi ke taska at least 1 months after kementerian kesihatan declare taska ok drp HFMD. Coz aritu pun alia kena gak walaupun da dapat clearance drp kementerian.. fuh, hope madihah ok..

transformed housewife berkata...

bila anak2 sakit mmg kita risau.