Isnin, 2 Julai 2012

Doc McStuffins

Ada kartun baru di Disney Junior. 
Ceritanya tentang seorang budak perempuan bernama Doc yang berangan-angan jadi doktor dan 'merawat' semua barang permainannya yang bermasalah. Sangat comel ok. aku teringat pada diri aku sendiri masa kecik, kuat berangan, ada hari aku jadi doktor, jadi polis, jadi penyanyi pun pernah..perghh! Jadi aku rasa cerita kartun macam ni budak2 macam Diha mesti suka dan boleh relate.

Bila takde orang, semua barang permainan Doc akan 'hidup' dan boleh bercakap-cakap dengan dia. Kawannya yang dragon tu namanya Stuffie, Lambie - biri-biri, Chilly - snowman dan Hallie- badak air. 

Doc ni ada playhouse sendiri kat belakang rumah. Di situ la dia akan 'merawat' pesakit2 dia. Hallie yang badak air tu adalah receiptonist merangkap nurse yang membantu Doc. 

Secara kebetulan, ibu pada Doc ni doktor juga. Jadi, ada masanya ibunya ni akan membantu dia membuat 'diagnosis' pada pesakitnya.

Ayah Doc pulak seorang chef yang selalu sediakan makanan yang menyihatkan untuk family.

Doc ada seorang adik, bernama Donny. Masa episod ni, kereta racing adiknya rosak, lepas tu Doc yang tolong betulkan balik. Sebenarnya kereta tu tak rosak pun, cuma perlu 'charge'. Tu hasil diagnosis Doc jugak tu..haha,..cute jer.
Masa episod ni, Jack in-a-box yang kecik tu tak boleh melompat keluar dari kotak dia bila tiba masa. Hasil diagnosis Doc mendapati bajunya tersangkut di dalam kotak, sebab tu tak boleh keluar.
Kisah Doc McStuffin ni sebenarnya mendidik anak-anak untuk tak rasa takut berjumpa doktor. Boleh buatkan mereka faham, doktor nak bantu dia jadi lebih sihat. Selain itu, dalam penamat setiap episod, ada pesanan dari Doc untuk anak-anak macam kena sentiasa cuci tangan dan pentingnya menjaga kesihatan. Setiap episod juga ada diselitkan dengan lagu-lagu menarik. Sure kalau Diha tengok nanti dia pun ikut menari-nari macam kartun tu jugak.

Doc McStuffins akan disiarkan setiap hari di Disney Junior pada jam 9.30 pagi dan 8.00 malam bermula 9 Julai, 2012.


Mengenai Disney Junior:
Siri baru Disney Junior yang menumpukan kepada pembelajaran mencerminkan pertalian emosi yang ada pada pelbagai golongan pengguna dengan siri penceritaan dan karektor Disney dalam siri klasik maupun kontemporari. Program Disney Junior menjemput ibu dan bapa menyertai anak mereka dalam pengalaman ajaib Disney, muzik, cerita dan karektor yang menambat hari, pada masa yang sama menggabungkan pembelajaran khusus dan peningkatan tema yang dicipta untuk kanak- kanak pada umur 2-7 tahun. Siri kartun dan aksi secara langsung Disney Junior menggabungkan konsep penceritaan yang tiada tandingannya dan karektor yang amat diminati oleh kanak- kanak untuk perkembangan diri termasuk matematik, kemahiran bahasa, pemakanan dan gaya hidup sihat serta kemahiran sosial. Laman web rasmi ialah http://www.disneyjunior-asia.com.      








3 ulasan:

mama_umar_maryam berkata...

heheh,hrp2 anak2 aku suke citer nih

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) berkata...

masibla amana takde kat sebelah nie tau

transformed housewife berkata...

Anak2 K.Nur pun dok tertunggu2 cerita ni keluar kat 613.