Selasa, 19 Jun 2012

Susu badan = Body Fluid?

Masa dalam pantang, aku duduk kat rumah mak. Ada jugak la pam sikit-sikit, konon nak buat stok (tapi akhirnya buang aje,..huhu). Masa aku simpan kat peti ais rumah mak tu, adik aku yang bongsu rasa cukup horror tengok ada EBM simpan kat situ. Aku letak dalam plastic liner dengan botol. 

Mulanya aku tak faham kenapa budak ni horror sangat, ada sekali tu aku kena keluar tinggalkan Zafri dengan dia. Bila aku balik aje dia cerita kat aku tadi masa nak panaskan susu, ada terkena tangan dia sikit, terus dia rasa macam eeewwww!!

Aku tanya la dia, ape yang dia geli sangat. Dia kata tu body fluid..haha,..ampeh, dia samakan EBM ni dengan body fluid lain macam air kencing kot. Lepas tu dia tambah lagi, body fluid ko pulak tu kak. Okeh, sekarang aku offended. Aku cakap kat dia, lagi 5-6 tahun lagi bila dia dah kahwin dan ada anak, aku rasa dia akan hilang perasaan eeeewwww pada EBM ni. Dia sengih2 dengan gelak aje. Memang bertuah punya budak.



Korang pernah jumpa orang rasa geli dengan EBM tak? especially yang simpan kat peti ais office tu. Ada tak?

3 ulasan:

Eliss Mie berkata...

ada fb yang dicreate dulu benci orang duk menayang2 ebm kan? mungkin dia geli kot ;p wallahualam. tapi aku x pernah pulak rasa geli ke haper, kagum ada laa..

Huda berkata...

dia x tau n x paham lg kan :) esok time dia..kite lak gelak kat dia :)

Rai berkata...

mak aih..offendednya kalau saya.. mesti saya sekolahkan habis habisan kalau adik saya buat perangai macam tu..saya sendiri bf, tapi even sebelum bf dulu pun tak pernah mengalami perasaan geli geli tu..alhamdulillah tak pernah lagi jumpa orang yg ada masalah dengan ebm..rata rata takjub sbb saya kurus tapi bf anak sampai 2 tahun..