Rabu, 20 Jun 2012

Madihah si attention seeker

Aku teringat satu masa dulu (macam lama sangat aje) Madihah la satu-satunya tumpuan aku & En.Suami. 4 tahun lamanya,..perghh! Jadi aku rasa sangat relevan dia rasa tercabar dan rasa tak diberi perhatian sejak adik dia lahir. Setiap kali aku larang dia buat sesuatu, mesti dia akan buat muka semacam dia, seolah-olah nak beritahu aku "challenge accepted!" Lepas tu dia akan terus buat apa yang aku larang tu. Anginnya aku..haih!

Contohnya kalau aku cakap jangan melompat atas katil, lagi bersungguh-sungguh dia melompat. Memang aku cuba sabar, aku memang tak nak naik tangan, tapi aku naik suara aje. Kadang-kadang tu, tak naik suara pun, tegur aje, dia dah menangis tersebek-sebek. Sensitif sungguh! Ayah dia kata, kami memang kena banyak bersabar sekarang ni, pada Madihah, adiknya penyebab dia selalu kena marah dan penyebab mak dengan ayah kurang main dengan dia.

Aku teringat malam masa aku sakit nak bersalinkan Zafri, aku terkenang lepas ni mesti tak dapat tumpu 100% pada Diha, alahai kesiannya. Tu belum ada anak lain lagi, baru 2 orang ni (aku dah berangan nak tambah lagi 1 ke? agak-agak la..haha). Takpe la, yang penting aku kena usaha bahagi masa untuk Diha jugak. Boleh kot, yang penting kena usaha *semangat*
Diha masa kecik,..tomeynyer...(maknya sekali..haha)

Ada idea tak nak bagi si Diha ni rasa ok balik?

3 ulasan:

mummY daniSha berkata...

huhuuu...danisha da 4 taun tp lom ada adik lg ni..tp anak buah sy yg 4 taun dah ada adik..sama la jeles gak...mayb bole buat camni,apa2 kene puji kakak dulu baru adik..cthnye kakak ni gud girl la....adik pun gud girl...pastu bole pupukkan rasa syg die kat adik....sy x de pengalama lg..pengalaman dr my sis je la heee

Huda berkata...

kadang2 kesian kan kat dia..same husna pun gitu..rasa mcm terabai je bila mula2 dpt adik :)

transformed housewife berkata...

cari masa yg special utk buat sesuatu dgn Diha. Biar dia rasa dia pun penting utk Nia & suami.