Selasa, 26 Jun 2012

Madihah masuk tadika

Minggu lepas ayah Madihah kena tukar sekolah. Maka, Madihah pun kena tukar nursery sebab sebelum ni dia pegi nursery dekat sekolah ayahnya. Bila fikir-fikir, budak ni pun dah nak masuk 4 tahun, baik kami masukkan dia ke tadika aje. Kelam-kabut sungguh. Masa hari last ayah dia kat sekolah lama tu, dia bawak Madihah ambil gambar passport untuk register tadika. Ini la hasil terbaiknya.
Ayah dia kata ini yang paling elok, ada dekat 30 kali ambik, ada yang dia kerut muka, pandang bawah, bergerak-gerak, macam-macam la. Hehe..Mesti tension orang yang ambil gambar tu. Bila Madihah nak masuk sekolah ni, aku risau sikit, boleh ke dia ni? Isk..

Aku teringat kartun favourite Madihah, Timmy Time. Masa awal-awal tu ada tunjuk mak Timmy ni menangis nak hantar anak dia pegi sekolah. Haha,..aku tak nangis arr. Sedih mengenangkan Madihah kena tinggalkan kawan baik dia dekat nursery lama tu aje.

Semalam opah Madihah tanya, tadika tu Islamik ke? Aku tak tau. Aku jawab aje "takkk,...sekular!" haha, memandai je aku ni. Sekali masa aku dapat pamplet tu, nampak la silibusnya. Takde la sekular rupanya..hehe. Kalau tak silap ada kelas Iqra' juga.


Ada hikmahnya ayah Madihah kena tukar sekolah tu. Kalau tak tau bila baru kami nak masukkan dia sekolah.

Apa yang korang nilai kalau nak cari tadika anak?

5 ulasan:

anis-yang-manis berkata...

reputasi tadika tu sendiri..tanya dulu orang2 yg dah hantar situ..tgk camna..n tgk cikgunya...heeee

Eliss Mie berkata...

aku tak kisah kriteria kot janji dpt jaga anak aku baik2 kot.hehehe

aku pilih tadika ni sebab dlm ofiz aku dan senang sekali lalu.

alaa, baru tadika, bagi laa dia belajar leisure2 dulu. kita dulu 4 tahun duk main apa kat rumah yer :)

transformed housewife berkata...

Dulu masa Fathini, Knur cari yg tak memberatkan sgt sbb nak suruh Fathini suka pergi sekolah. Ada Tadika yg ada exam. Jenis tu Knur tak suka sbb tak nak anak stress dr tadika lg.

mummY daniSha berkata...

hurrmmm susah nak carik tadika yg perfect kan...as parent,of kosla kite nak yg terbaik..kalau bole baik akedamik dan islamik...dr segi akedamik mayb smart reader bagus tp x ada pelajaran islamik plak huhu

mama_umar_maryam berkata...

no 1 . dekat dgn umah,hehehehe
lain2 ilmu tu terpulanglah ..pd kami,seimbang duniawi & ukhrawi kire ok dah ;)