Jumaat, 15 Jun 2012

Kleenex - Hari Pembersihan Tangan Sedunia

Kenapa kita perlu menjaga kebersihan tangan kita?
Sebab tangan adalah tempat yang paling mudah menyebarkan kuman dan penyakit. 
Terdapat pelbagai jenis kuman pembawa penyakit pada tapak tangan kita.

Bagaimana kita boleh memastikan tangan kita sentiasa bersih?
Dengan sentiasa mencuci tangan atau menggunakan sanitizer.


Tapi sanitizer biasanya dalam bentuk cecair. Kurang sesuai untuk digunakan kepada anak-anak kan? Lebih-lebih lagi sanitizer cecair perlu dikeringkan dulu.

Sekarang terdapat alternatif lain untuk sanitizer yang lebih praktikal.




Kleenex Hand Sanitizing Moist Wipes
“Di Kleenex®, kami menyokong kepentingan rutin membasuh tangan yang betul tetapi kami juga mempunyai amalan yang dilakukan apabila menghadapi situasi di mana air sukar diperolehi – iaitu jika ragu-ragu, kesat saja"


Bermula Mei hingga Ogos, rakyat Malaysia akan berpeluang merasai kuasa pembersihan Tisu Lembab Pembersih Tangan Nyahkuman Kleenex® di kawasan terpilih di Lembah Klang di mana krew Kleenex® Wipes akan menerangkan kepentingan menjaga kebersihan tangan. Anda juga boleh mendapatkan Kleenex® Wipes pada harga istimewa serta bahan pendidikan yang dapat dikongsikan bersama teman-teman dan ahli keluarga.  


Tisu Lembab Pembersih Tangan Nyahkuman Kleenex® didapati dalam pek kecil dan mudah dibawa di mana seisi keluarga dapat menggunakannya. Simpankannya dalam beg, tempat simpanan sarung tangan dan laci pejabat untuk mengingatkan diri bahawa kita harus membersihkan tangan sebelum makan dan minum, selepas bermain atau memegang haiwan kesayangan, waktu rehat, selepas batuk atau bersin dan lain-lain situasi di dalam dan luar rumah.

Tisu Lembab Pembersih Tangan Nyahkuman Kleenex® ni sesuai sangat dengan Diha.
Dia cukup rajin menolong membersihkan dapur, tapi dia tak tahu tangannya dah tercemar dengan pelbagai jenis kuman bila dia menggunakan kain pengelap.

Nak suruh dia cuci tangan? Mustahil dia akan cuci tangan dengan sempurna. Penyelesaiannya?
Mujur ada  Tisu Lembab Pembersih Tangan Nyahkuman Kleenex® !

Tisu Pembersih Tangan Nyahkuman Kleenex® berkesan dalam membenteras 99.9% kuman tapi masih lembut untuk kulit anda. Tisu yang bebas alkohol, juga diperkaya dengan Mentega Shea, Aloe Vera semulajadi dan Vitamin E membantu menyuburkan kulit selain membersihkannya! Ia juga disahkan oleh pakar dermatologi selamat untuk digunakan pada bayi dan kanak-kanak. Ia tidak meninggalkan rasa kekeringan, tidak melekit atau meninggalkan keladak bersabun dan tidak mengandungi bahan-bahan dari haiwan. Selain itu, tekstur unik dan permukaan kapasnya yang lembut memastikan kulit dibersihkan secara lembut keseluruhannya.



Sekarang Diha boleh makan 'cheese' kegemarannya tanpa ragu-ragu.

Tisu Lembab Pembersih Tangan Nyahkuman Kleenex® bertemakan Disney (dalam bungkusan tiga pek) berharga RM6.90. Hanya didapati untuk masa terhad, Kleenex® juga memberikan buku aktiviti dan botol minuman kanak-kanak yang menarik untuk setiap pembelian.Sebenarnya tisu bertemakan Disney adalah ditujukan kepada kanak-kanak untuk memudahkan ibubapa menyemai tabiat kebersihan tangan yang betul dari usia kecil.


Untuk mendapatkan maklumat terkini dan mengetahui lebih lanjut tentang produk dan cara mengekalkan kebersihan tangan kita, sertai perbincangan dan aktiviti menarik dan jadilah peminat pergerakan perkongsian Kleenex Malaysia di http://www.facebook.com/Kleenex.Malaysia, atau hubungi Talian Khidmat Pengguna Kimberly-Clark di 1-800-82-1188 (bebas-tol) pada hari bekerja dari 9 pagi ke 5 petang.


*Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengistiharkan 5 Mei sebagai Hari Kebersihan Tangan Sedunia sejak 2009.




1 ulasan:

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) berkata...

anak ila cukup suka main tisu basah mcm niee