Selasa, 12 Jun 2012

Bila ada anak 2...


Aku memang dah lama sangat tak update blog. Dah la beria pakai domain, lepas tu malas nak maintain, elok sangat la tu. Lepas dah masuk kerja ni, ketara sangat aku takde 'life'..haha,..eh, bukan, kira family la 'life' aku. Madihah setakat ni tengah menyesuaikan diri dengan adik dia. Tapi, setiap kali aku ada, mesti dia buat perangai, sengaja nak bagi adik dia menangis. Ada sekali tu aku berjaya tidurkan Zafri, tiba-tiba dia masuk bilik, aku cakap la bisik2 kat dia,"jangan bising, adik tido...". Dia pun jawab "ya" dengan nada bisik jugak. Sekali dia datang dekat aje, dengan sekuat-kuatnya dia buat bunyi "PIPPP!" Bangun la adiknya. Geram aku dengan Madihah ni. Bila kita jeling dia, boleh pulak dia cakap "mak,..senyum la mak!" Macam tu la dia, buat nakal aje suruh aku senyum.
Aku faham, dia nak kan perhatian sebab sekarang kami banyak tumpu pada adik dia. Aku pun pernah jadi anak sulung yang jeles dengan adik satu masa dulu. Kebetulan beza umur Madihah dengan Zafri pun 4 tahun macam aku dengan adik aku dulu. Kalau ingatkan perangai aku dulu sebab jeles kat adik, memang nauzubillah (tapi, aku tak nak cerita arr..). Baik lagi la Madihah ni kiranya.
Tapi, yang penting, aku tau dia sayang adiknya. Pantang orang lain nak dukung, bising la dia takut orang tu bawak balik adik dia. Hehe...


2 ulasan:

transformed housewife berkata...

ada2 aje Madihah ye. bg masa lg pd dia nak terima adik. psl jealous tu biasala tak kan habiis punya. anak2 knur yg sulung & no 2 pun kejap baik kejap gaduh. ni dah adik baru ok pulak.

h4ni3 berkata...

heheh.. pandai jeles jugak kakak diha ni
:)