Khamis, 14 Jun 2012

5 alasan untuk En.Suami

Aku pernah tanya En.Suami, kalau nak beli pam medela freestyle boleh tak? Tapi, En.Suami tersedak mendengar harganya. Jadi aku tukar, tak jadi beli medela. Tapi nak beli pam lain yang double pump. Dia tanya aku kenapa? Pam autumnz ni kan elok lagi? Maka ini la alasan aku nanti.

1) Pam ni single pumping, kalau ada double pump boleh menjimatkan masa sebanyak 30-50% (aku terpengaruh dengan iklan pam tu)
2) Pam Marvel ni bunyi macam kodok, ngonggg, ngongg, ngongg, segan nak pam kat ofis..hehe..
3) Kalau ada double pump, secara psikologi akan lebih tenang dan sekaligus membanyakkan susu (aku reka2 aje ni)
4) Pam baru akan memotivasikan aku untuk BF dengan lebih lama lagi, yay!
5) Pam yang aku nak beli tu ada kaler pink,..teruja sungguh!

Lepas tu dia tanya, pam autumnz ni nanti nak buat apa pulak? Kan membazir? Aku nak jual laa..Ada sapa2 berminat nak beli? hehe,...

3 ulasan:

transformed housewife berkata...

berapa kalau nak jual? knur dah ada yg adik belikan tapi mcm slow je bila pam.

mama_umar_maryam berkata...

aku no 1 & 2 manual pam je, so alasan utk dpt FS lebih kuat utk no 3 nnt ;p

H.I.M berkata...

xbaik tipu tipu suami..