Rabu, 2 Mei 2012

Pantang Lagi Seminggu

Aku dah balik rumah sendiri. Tapi Isnin depan baru cukup pantang 44 hari. Ala, kira cincai la ye. Apa yang penting aku tak buat perkara-perkara yang dilarang untuk orang-orang berpantang. Macam tiba-tiba minum air coke ke? (arghh..aku tak tahan betul pantang air coke nih!!!)

Ini antara perkara yang kami perasan baru-baru ni.

1) Baby Zafri sekarang kuat menyusu! Bukak aje mata nak menyusu. Membesar bagai johan la ko ye nak.

2) Madihah sayang adik dia! Sebelum ni kami selalu berhati-hati bila Diha nak dekat dengan adik dia. Takut dia buat khianat (bahasa ayah dia, orang Ganu..hehe), tapi sebenarnya dia tak buat pun. Dia selalu cium adik dia, kalau ayah dia nak bawak dia keluar berjalan, mesti dia insist nak bawak adik. Kami yang underestimate dia. Huhu..

3) Diha sekarang suka ambik kain tudung aku, sangkut kat pinggang dia dan kata dia pakai gaun Cinderella. Habis tudung aku..isk.

4) Cuti aku tinggal kurang sebulan aje lagi. Masa awal-awal cuti hari tu, aku rasa macam dapat cuti setahun. Sekarang aku rasa macam tertipu..hmphhh!


Muhamad Zafri - 5 minggu

Ada idea untuk aku habiskan baki cuti aku dengan aktiviti berfaedah?

5 ulasan:

Fieza79 berkata...

lega dh lepas pntang kan...

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) berkata...

ada!! minggu nie kat klcc ada event mothercare kiki level 12 tau

transformed housewife berkata...

wah kejap je ye. nak isi masa skrg, masuklah contest byk2. ada rezeki boleh menang hadiah. ;)

eima berkata...

wahhhh syoknye

mama_umar_maryam berkata...

baru nmpk muke adek zafri ha..aduhai.,mmg xcukup cuti 2 bln tukan,aku igt nk add sendiri 1 bulan lg nnt lah,unpaid pon unpaid lah,hahaa