Khamis, 10 Mei 2012

Jaga Anak Sendiri


Pagi ni masa tengah susukan Zafri tiba-tiba dia berhenti menyusu lepas tu pandang aku. Lepas tu dia gelak macam ni. Alahai, cair betul. Agaknya pada dia mesti aku ni favourite dia kan? (Samada itu atau dia gelakkan aku sebab dia rasa muka aku lawak,..hmphh). Aku terus terfikir, seronok kalau jadi WAHM kan? Memang susah nak bahagi masa, tapi sekurang-kurangnya dapat kejar dua-dua. Kerjaya dan Keluarga. 
Buat masa sekarang aku takde la terfikir ke arah itu, cuma rasa best aje. Manusia selalu macam tu kan, apa yang dia takde tu la yang paling best. Aku rasa aku terima seadanya rezeki Allah beri sekarang ni. 

Sebenarnya masa bersalin Diha dulu pun aku blues macam ni jugak. Tapi aku happy kerja aku sekarang, bukan senang nak dapat kerja yang kita memang suka kan? (Aku bunyi macam poyo ke? haha) Kena berkorban la, terpaksa percaya orang lain untuk jaga anak. Walaupun kadang-kadang emosi sebab nampak anak balik rumah lebam kat kaki kena cubit, haih! 

Satu hari nanti, bila Diha & Zafri dah besar, aku akan buat diaorang faham, bukan aku tak nak jaga diaorang sendiri, tapi keadaan tak mengizinkan. (Eleh, macam la diaorang akan tanya pun!..huhu)

Korang macam mana? 
Prefer jadi Working Mom atau WAHM?



9 ulasan:

Wansteddy Tales berkata...

Ikutkn nk berhenti kerja buat freelance je kat rumah. tp kdg2 bila cuti dan cuba buat freelance, kerja tak beres. jd surirumah sepenuh masa ni lebih mencabar lg dr wanita bekerjaya. mcm2 benda nk urus dr keje mengemas masak urus anak pastu nk keje sendiri pula? waaa.... perlukn lebih tenaga. tp yg beshnya bekerja, yg jenis kita minat pula. rasa lapang dada sebab bulan2 pasti dpt survive dan ada duit simpanan :) dua2 pilihan pn besh sebenarnya ^^

mummY daniSha berkata...

hi salam kenal nia =)

eh lebam kena cubit?kene tanya tu huhu....sy prefer keje hehee...sebab zaman skang semua nak witkan.nk bg yg terbaik tuk anak pun perlu wit....lainla kalau suami gaji 5 angka heheee =p

Herni Badrulzaman berkata...

kalau ikutkan memang nak jd WAHM la kan. sayu je tinggalkan anak mase nak pergi keje. lagi2 kalau dia menangis mase nak pegi keje tu. husband kate ok aje nak berhenti keje tapi hutang & tanggungjawab yang ade menyebabkan tak boleh nak berhenti. harap satu mase nanti ade rezeki untuk jadi WAHM la kan?

transformed housewife berkata...

Knur dah rasa jd SAHM. Nak jd WAHM kena byk buat persediaan dan kena pandai bahagi masa. Rasanya buat masa skrg belum lgla. Tak tahula nanti.

Liza Razak berkata...

kalau ada anak sendiri..saya suka jaga sendiri..mesti best lyn kerenah anak2 :)

mama_umar_maryam berkata...

nia, akunikan mcm xde tokoh nk jd wahm tu..semput weh klu cuti sumer bende kite buat..tapi aku rs yg jd surirumah tu lebih pd kepuasan lah..masak sendiri,suap anak mkn kenyang2 masakan kite..mmg len mcm rasenye..

isabelle berkata...

i doubt that i can be a good WAHM. hahaha..apatah lagi SAHM.
giler weiii

mariaariffbaby.com berkata...

yes..ikutkan mmg nak WAHM...tapi situasi sekarang agak tidak membenarkan si suami bekerja sendiri..saya juga harus membantu.

Alhamdulilah, even saya masih bekerja..anak2 masih terurus dan saya masih boleh memasak dan berkemas. And hujung minggu kami tetap leh bersama.

Eliss Mie berkata...

saya memang x mampu jadi surirumah sepenuh masa...tu baru anak sorang, kalau dh bertambah tak tau laa