Selasa, 8 Mei 2012

Hari Ibu Haram Disambut

Hari Ibu hujung minggu ni. Tapi ada pendapat mengatakan ia haram disambut. Kalau tak silap, masa Valentine diharamkan dulu, Ketua Pengarah Jakim kata kita boleh terima Hari Ibu dan Hari Bapa. Boleh rujuk di sini
Sekarang ada yang kata hari Ibu haram disambut pulak sebab ia dikatakan diasaskan oleh orang Kristian. Kononnya Greek kuno memanggilnya sebagai hari cybele iaitu ibu kepada dewa-dewa mereka. Manakala Roman kuno pula meraikan hari matronalia sebagai tanda memperingati dewa juno iaitu mak kepada juventas, vulcan dan mars.

Apa pendapat korang?


6 ulasan:

eima berkata...

bg pendapat aku la ... tak salah klu kite sambut hari ibu utk mengenang jasa ibu kite yg melahirkan & membesarkan kite .... besar jasanye tu ...

klu tak dimaklumkan pasa dewa2 kuno tu aku pun tau pasal tu yg aku tau hari ibu ni hari yg kite luangkan 1 hari utk berterima kasih kpd ibu kite ....

syg mak ....

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) berkata...

dulu ila pun penah baca haram disambut .. tah mana tah ila baca. pastu ila baca mcm2 majalah review by ustaz&ustazah katanya takpe sambut. selagi jakim tak kuar fatwa so ila tak nak ikut boleh gitu? sebab sebagai org yg kurang arif dalm bab2 nie ila lebih suka rujuk pada yg pakar :)

mummY daniSha berkata...

memang ada dgr...tp kite niat nak sambut ibu kitekan.sy pun konpius...sebelum ni memang sambut..taun ni mcm ragu2 pulak

Syigim berkata...

adoi. nanti ade pulak org buat kajian yg jam tangan tu asalnya ialah tali pengikat masa zaman org sembah matahari. atau cermin mata bentuk bulat menyerupai symbol ketuhanan puak afrika. sampai bila ni? mother's day tu maksudnya pada kita selama ni ialah HARI IBU. utk mak2 kita. saje nk satu hari special utk mak kita. ni apehal pulak nk kait dgn ibu dewa-dewa ntah mana-mana. drpd budak-budak xtau lansung dan innocent meraikan ibu mereka, terus terpikir pulak psl dewa-dewa ntah dr mana ni!

tp ye lah, kalau ulama dah ckp.....

transformed housewife berkata...

ada video kat YOu tube mengenai ulasan Ustaz Azhar Idrus psl ni. Dia pun cakap haram. Knur mmg jrg sambut dr dulu. Tapi anak2 ni kdg2 buat kad kat sekolah. Cuma rasa happy bila dpt kad dr anak2. Tu jelah.

KhaiRin : anies berkata...

bergantung kpd niat.. nk sambut sbb apa?