Rabu, 25 April 2012

Pencapaian 30 hari

Alhamdulillah, dah lepas 30 hari aku berpantang (pantang la sangat aku ni, haha). Sepanjang 30 hari berpantang, antara pencapaian aku :

1) Baru dapat rhythm menyusukan anak. Harap-harap berkekalan sampai masuk kerja. Tak nak target banyak-banyak, aku target 3 bulan aje dulu (aku harap consultant laktasi aku, Cikgu Hani tak menjerit bila baca ni). Lepas dah achieve 3 bulan, kita target la untuk lagi lama. Tak gitu?

2) Muhamad Zafri dah sebulan! Lega aku! Ape yang aku lega? Tak tau la, kalau ikutkan anak-anak ni dah umur 21 tahun (umur mengundi?) baru boleh lega. Haha..

3) Aku panggil Muhamad Zafri sebagai Mat. En.Suami tak berapa suka. Dia kata nanti kalau Mat ada adik lelaki lagi, mesti nak namakan Muhamad juga kan. Aku kata takpe, kita tak tau rezeki masa akan datang. Kalau ada nanti, baru kita adjust. Tapi aku ingat nak tukar panggilan Mat tu, kepada Matt. Apa beza? Oh, takde rupanya..

4) Aku telah menjadi pen'twitter' yang berjaya. Ye la, bosan tau duduk kat rumah. Aku pun tweet la apa-apa yang aku suka. U olls boleh follow I ye, @nia303 (gedik, nak promote twitter jgk)

5) Aku tak kurus-kurus (eh, ini bukan pencapaian, hehe)

6) Setakat ni aku masih mandi serung lagi. Apa itu mandi serung? Boleh rujuk kat sini. En.Suami sangat gigih mencari daun-daun untuk mandi tu. Dia kata alang-alang bagi sampai 44 hari, lagipun dia kata wangi sikit mandi air tu. (Aku yakin dia tak maksudkan selama ni aku busuk, huhu)

7) Aku masih belum minum air bergas. Apahal pulak aku nak minum air bergas? Ha, kalau nak tau, aku dengan air bergas tak boleh dipisahkan. Aku tau tak elok, tapi tak boleh tahan. Time pantang ni la ada kesedaran sikit.

8) Aku belajar jadi orang yang positif. Tak nak sakit hati pada orang, cuba cari kebaikan pada setiap orang dan lupakan keburukan yang ada pada orang tu. Eceh, boleh caya ke aku nih..hehe.

Apa yang pasti, aku tak sabar nak tunggu habis 44 hari. Tapi, lepas habis pantang, kena kerja balik,..aisey, mesti kena rasa balik perasaan sayu time nak berpisah dengan Diha dulu. Bukan berpisah ape pun, setakat pergi kerja aje..eleh. Petang boleh jumpa balik.

Apa yang korang rasa best time berpantang?

Iklan
Member aku ada bukak spa kat Kota Damansara. Ada promotion untuk Mother's Day.
Boleh check kat sini untuk detail.

5 ulasan:

Eliss Mie berkata...

aku pun mandi serung jugak dulu tapi 30 hr jaa..gigih abah aku buat air mandi hr2 kat aku :) bila nak tengok baby ko erk.

Eliss Mie berkata...

ko menyusukan anak sambil duduk ker? aku dulu masa berpantang sakit pinggang sebab bidan tu ckp aku ni jenis rahim kain buruk, mudah sakit pinggang, so kena susukan anak smbil baring, baru lega tak sakit pinggang

zh-ena berkata...

masa best berpantang serba seribi di layan oleh org lain eheh

transformed housewife berkata...

dah sebulan ye Nia. Dah tak lama lg nak habis 44 hari tu.

mama_umar_maryam berkata...

njoy ur bf journey!!!mandi daun tu besh woo,mmg wangi!aku time pantang aku suke lauk pantang mak aku masakkan ;p