Isnin, 16 April 2012

Pantang 101 : DIY Mandi Serung

Mandi serung bermaksud mandi air rebusan herba selepas bersalin. Antara tujuan mandi serung (ini bukan pendapat profesional.. ;p) :

1) Melancarkan perjalanan darah
2) Mewangikan tubuh badan
3) Memanaskan badan
4) Mencantikkan kulit

Cara penyediaan air mandian ni sangat mudah tapi nak mencari bahan-bahannya agak susah melainkan kalau tinggal di kawasan kampung. Aku pun mandi dengan daun-daun yang mudah dapati aje, En.Suami yang in-charge mencari daun-daun ni. Antara bahan-bahannya :


Daun Bunga Raya (source)

Daun Jambu (source)

Daun Pandan (source)

Serai Wangi (source)

Daun Lengkuas (source)

Daun Mengkudu (source)

Halba (source)

Sebenarnya banyak lagi daun yang digunakan, tapi ini aje yang kami mampu cari..hehe. 

Cara penyediannya :
1) Rebus semua bahan-bahan di atas (boleh pilih untuk racik daun-daun yang agak besar)
2) Tutup api selepas air mendidih.
3) Tapis air rebusan
4) Campurkan dengan air sejuk kalau air terlalu panas
5) Siap untuk mandi.

Lepas mandi tu, korang akan terasa macam baru lepas mandi herba kat spa, serius cakap..hehe..

Korang biasa mandi serung? 
Bahan apa yang korang gunakan? Kongsi la sikit.

3 ulasan:

Huda berkata...

masa pantang dulu, makcik tukang urut yg bawakan semua daun2 tu..so mak huda rebuskan dan huda mandi :) best kan, rasa fresh sgt..

Kazaztan Team berkata...

saya guna serai wangi, daun pandan, jeragau, daun mengkudu...

Papa Mifz berkata...

dulu wife lepas bersalin tak ingat lak ado mandi air rebusan herba tu ke tak...huhu