Isnin, 2 April 2012

Adik Baru

Sekejap aje dah seminggu rupanya. Sabtu lepas aku dalam keadaan suspen, aku nak bersalin ke tak. Rupanya memang aku nak bersalin la. Aku bersalin 25th March, 2012 (Ahad) pukul 5.40 pagi..Ini la secara ringkas kronologi hari tu:

Sabtu , 24th March, 2012 (pagi)

Aku ada rasa contraction sikit. Tapi sangat sikit, aku rasa kalau nak bersalin pun mungkin 2-3 hari lagi kot. Malam tu dalam pukul 11.00malam, ada kuat sikit. Tapi aku cakap kat suami, kalau ikut time aku nak lahirkan Madihah dulu, sakit macam ni baru bukak 2cm. En.Suami kata pergi aje hospital dulu, buat apa nak ambik risiko, dah la aku nak bersalin kat hospital Selayang, jauh tu.

Sabtu , 24th March, 2012 (malam)

Sampai kat hospital Selayang, doktor kata baru bukak 2 cm (kan betol! haha). Dia suruh kami balik dulu, tapi kalau contraction makin kuat, pegi aje mana-mana hospital terdekat. Dia tak faham kenapa kami tak pergi hospital Sg.Buloh. Mana aku tau, doktor kat klinik kesihatan seksyen 7 tu kata Sg.Buloh penuh sangat, dia tak recommend. Kalau ikut aku, dari awal aku nak pegi Sg. Buloh jerk. Masa aku menunggu repot kat Hosp. Selayang tu, aku perasan contraction aku ni makin kuat dan kerap pulak. Agaknya sebab dah kena kacau dengan doktor tadi kot, makin kuat pulak dia. Tapi, kami balik jugak la, bukan ke rumah kami di Shah Alam, tapi rumah lama mak dgn ayah aku kat Sungai Buloh. Rumah tu setiap pagi mak aku memang pegi sana sebab tu stokis untuk barang-barang direct selling dia. Malam memang takde orang, kami tunggu situ aje la. Masa sampai tu pukul 2 pagi. Aku terus tukar baju, telan minyak kelapa (mak mertua aku bagi untuk sapu kat perut, aku belasah pulak pegi buat minum..).

Ahad, 25th March, 2012 (awal pagi)


Masa pukul 3 pagi macam tu, aku rasa nak teran dah. Setahu aku bila dah 10cm bukak baru rasa nak teran. Takkan la dah bukak sampai 10cm kot? Aku cakap kat En.Suami, kita pegi aje la Hosp. Sg.Buloh. Sampai sana, kaki aku dah menggigil dah (malu betul kalau ingatkan..huhu). Nurse yang check kata dah bukak 4cm, boleh la masuk check CTG semua dulu. Masa tu aku memang musykil, apsal asyik rasa nak meneran nih, baru 4cm kot....Masa check CTG tu aku kena marah, sebab aku tak makan, jadi bacaan CTG jantung baby tu tak cantik. Aku lupa nak makan, melayan contraction sangat. Masa tu memang lagi menggila rasa nak teran. Aku cakap dekat kakak nurse tu aku nak teran sangat dah ni (kebetulan kakak ni kawan mak aku, lepas aku bersalin tu, dia cerita kat mak aku pasal aku tak makan semua tu,..haha..nasib laa). Kakak nurse ni check aku, dia kata dah 7cm. Aku memang terkejut gila masa tu, patut la aku rasa lain macam, kalut semacam. Terus aku kena tolak pegi 'labour room', aku perasan ramai ibu-ibu mengandung lain tengah tunggu turn nak bersalin kat luar tu, diaorang tunggu cukup 10cm kot. Aku tak boleh tunggu dah ni. Tau2 kat labour room, dah 8cm, tapi doktor suruh tunggu sampai 10cm. Wah, nak gila aku tahan diri dari meneran. Budak kecik ni dekat 10 kali menyerang nak keluar, aku kena tahan. Tapi, aku perasan ada sekali tu aku tak sengaja terikut teran. Ceh, tak kuat daya kawalan betul aku nih. Tiba-tiba doktor kena pegi bilik sebelah, ada orang dah bukak 9cm. Time doktor pegi tu la aku nak bersalin sangat dah. Terus akak nurse kat situ yang sambut. Masa dia suruh aku teran tu, rasa macam teran tapi tak keluar2..huhu. Tapi, alhamdulillah, bila lepas aje bahagian kepala, terus laju dia keluar. Sampai akak nurse tu cakap, "ni dah nak keluar sangat ni.." Macam licin pun ada dia keluar masa tu..hehe.

Maka secara rasminya baby boy ini jadi anggota keluarga kami pada 25 Mac, 2012 @ 5.40 pagi


Aku tak boleh kata kelahiran dia mudah, tapi sakit nak bersalin tu tak lama macam kakak dia dulu sebab jalan dah terbukak. Satu yang pasti, takde sape akan cakap, bersalin tu tak sakit, macam gigit semut aje..haha..
Syukur alhamdulillah, semua selamat.


12 ulasan:

.m.u.n.i.r.a. berkata...

congrate dear..selamat berpantang and happy breastfeeding!
errr tngok baby comel rasa nak lagi satu hehe

Suliana berkata...

tahniah.. slmt berpantang ye..

Adzrah berkata...

Alhamdulillah. Congratulations Nia! Memang sakit bersalin tu... "sakit macam gigit semut" je... Hoho!

MaSRifAh&AsrUL berkata...

so sweet......... gembiranya.. pengalaman awk,.. anak kita sama 1st nama dia madihah.. tp anak kedua blm rezeki... lg... sedih tgk bby baru ni... bila la turn saya yerk...nak boy juga hihihi... wheverpun tahniah yerrrrkk.. Alhamdulillah slmt semuanya IBU + BBY

MaSRifAh&AsrUL berkata...

tahniahhhh

Faisya berkata...

tahniah nia.. same mcm saya aritu, rasa nk teran dh sbb kepala baby tu mcm dh push2 nk keluar tp diorang suruh tahan sbb takut situ bengkak nnt padahal baby dh nk keluar sgt..

Selamat berpantang dan semoga nia dan bb sihat2 belaka dan madihah tlg jagakan bb :)

Herni Badrulzaman berkata...

Tahniah Nia! Nia duk cerita ni teringat balik pengalaman nak rase teran tu hahaha memang tak boleh lupakan la walau dah dekat 3 tahun.

Semoga Nia dan baby sihat2 belaka dan baby jadi anak yang soleh ;)

Syigim berkata...

alhamdulillah, congrats! comel! masa i bersalin no 2 pun nurse yg sambut sbb ramai sgt bersalin masa tu.. tp nurse pun berpengalaman, smpai xpayah jahit pun ;)

nways, pantang elok2 n happy BFing! :)

Etty Selamat berkata...

Ape nme baby ensem ni kak??

transformed housewife berkata...

Mmg kalau bersalin normal mana ada tak sakitnya. Tapi bila tengok muka baby, hilang sikit sakitnya kan. Debaran Nia dah lps, knur ni nak kena tunggu 2 bln lg. huhu

Nordiana Nordin berkata...

Alhamdulillah, tahniah munira atas kelahiran orang baru..semoga baby boy menjadi penyejuk mata dan anak yg soleh..selamat berpantang

Huda berkata...

ya Allah!huda leh x perasanla dear..tahniah tau! kite gang dpt sama2 sepasang..alhamdulillah..nnti bg alamat, leh huda poskan hadiah :) nhak_1103@yahoo.com