Jumaat, 23 Mac 2012

Teknik Pernafasan Masa Bersalin

Hari ni aku nak share satu info yang sangat berguna untuk bakal ibu. Kalau belum pregnant pun, baca jugak (aku paksa ni..haha), penting untuk masa akan datang.

Aku share ni dari blog Aishah Rahim

Korang boleh baca entry penuhnya kat sini 

Teknik ni untuk menenangkan diri masa tengah sakit bersalin.

Breathing Technique Hypnosis Method


 Haha,..aku malu nak ingat paling keadaan aku masa sakit bersalin. Harapnya aku dapat la praktikkan kaedah ni untuk kali ini.




Ini apa yang saya amalkan. Bila saya mula tidak tenang, saya akan pejam mata sambil ibu jari menekan dahi (kedudukan antara dua kening). Pejam mata rapat dan tarik nafas melalui hidung sambil dalam hati membaca "Lailahaillahanta..." kemudian hembus menggunakan mulut sambil dalam hati membaca "Subhanakainikuntuminnalzolimin..." Kalau ikutkan kaedah sebenar Hypnosis Method tu, dia ajar kita guna pernafasan dengan ratio 20:20. Sambil tarik nafas guna hidung dan fikirkan "RE..." (20 saat), kemudian hembus guna mulut sambil fikirkan "LAX..." (20 saat). Tapi saya tukar RE-LAX tu jadi Doa Nabi Yunus. So, dalam kita sakit dan cuba aplikasikan kaedah pernafasan tadi, kita boleh tambah bertenang. Insya-Allah. Sekarang ini, memang setiap hari saya amalkan teknik pernafasan ni. Waktu dalam kereta, waktu tengah tengok TV dan kadang-kadang sambil memasak. Sampaikan Wahid ingat saya dah sakit siap pejam-pejam mata begitu. :D


Doa Nabi Yunus

Thanks pada Aishah sebab sudi 'share' ilmu yang baik ini.
Korang boleh try google juga tentang kaedah ni.


1 ulasan:

transformed housewife berkata...

tips berguna ni. Teringat masa bersalin kat HUSM, kat dinding dlm bilik bersalin ada doa2 utk memudahkan bersalin. Knur asyik dok tengok kat situ dan baca walaupun tgh sakit dan contraction dah kuat.