Isnin, 19 Mac 2012

Persediaan Menyambut Anak Baru

Aku dah bersedia secara fizikal untuk menyambut baby baru (mental aku bersedia time dah nak beranak nanti..haha)
Nursing Pillow (tak tau la berjaya BF ke tak aku nih)

Baju baby (baju lama Madihah yang tak 'girlie' sangat pun aku amik jugak)

Baby Carrier (Madihah punya dulu), aku ingat nak beli 'ring sling' aje nanti, nampak Natural Parenting sikit...haha,...ape kaitan?

Tungku Elektrik - ini kalau aku nak bertungku time takde orang nak panaskan tungku untuk aku, tapi tak mungkin efektif macam tungku asli sebab dia tak berat pun.

Aku dah start sakit2, tapi aku cuba mengawal diri dari turun tangga 10 kali untuk mempercepatkan lagi aku nak bersalin ni sebab aku perlu 1-2 hari aje lagi nak siapkan keje2 ofis aku. Haha..Tapi kalau Allah takdirkan dia keluar awal, keje ofis tu..erm...lepas cuti bersalin la kot..hehe..


3 ulasan:

Eyriqazz berkata...

edd bila?wifey bulan 4 ni...Umm, adakah eden sudah bersedia?

Wish us luckk....semoga dpt mendidik anak2 dengan jayanya...

transformed housewife berkata...

barut perut takde? Knur ada beli barut perut herba. Tungku pula Knur beli yg rebus sendiri dlm periuk lps tu bertungku sendiri. Kalau ada org yg boleh urut & guna tungku tradisional tu mmg lg bagus tapi sbb kat PJ ni tak tahu nak cari kat mana.

cikguhani berkata...

breastpump ada tak lagi?heeeee..tapi pasal bf yang penting yakin pasti berjaya!insyallah..byk support grup skang!....