Khamis, 22 Mac 2012

Pam Susu Terbaik

Kawan aku Cikgu Hani tanya aku, pam susu dah ada ke belum? Masa Madihah dulu, terus terang aku cakap, dia tak nak BF. Mungkin sebab dia masuk wad seminggu dan dah merasa susu botol. Dia memang mengamuk sangat2 kalau aku try nak BF dia. Nasib la dah aku beranak kat hospital yang tak mesra bayi. 

Ini pam susu yang aku guna dulu





Pureen - Batery Operated
Sesiapa yang dah pernah beli, boleh tau la performance nya yang tak berapa nak menyerlah tu. Cepat rosak pulak tu. 


Ini antara pam susu yang aku tengah survey2, tapi tak nak beli dulu kot. Sebab nak tengok dulu aku punya BF project macam mana..hehe..
 Medela - Freestyle
Ini ramai ibu-ibu suka, boleh double pumping. Cepat woo..

Medela - Swing
Ini bezanya single pumping.
Avent - Manual Breast Pump
Ini pun ok jugak, kalau takde power point elektrik pun masih boleh pakai.


Korang ada suggestion lain?





8 ulasan:

Momma Mia berkata...

ni suggestion based on pengalaman sendiri... jemput baca yer. Semoga membuat pilihan yg tepat.

http://alinalan.blogspot.com/2012/03/rahsia-pumping-kriteria-mommamia-dalam.html

Eliss Mie berkata...

aku dulu pun x fully bf. ada jugak pureen batery operated tu, tapi satu belah b***** dia tak suck :p kena beli satu lagi manual punya.hahaha

Suliana berkata...

sy pakai spectra 3. dari anak 1-2 :-) alhmdlh ok even bulky skit :-)

isabelle berkata...

i pakai pureen tu je. alhamdulillah dpt BF adam smpi 2.5 tahun gitu.
so kat adib pun sama la.

tingin nak try freestyle tu. tapi nak buat apa lak dgn yg pureen ni?

kayyana berkata...

salam.. untuk breastpump ko kene tgk jugak ko nk mcmne.. the best breastpump is medela freestyle.. tp maybe bising sikitlah.. brand spectra adalah breastpump yg paling senyap.. kite bleh pump kt meja tanpa org tau sbb takde bunyi pun.. tp die bukan freestyle... menyusulah baby dengan susu ibu.. susu ibu adalah terbaik.. doa dan InsyaAllah banyak panduan leh guide kite nak berjaya.. Good Luck tau.. =).. salam perkenalan dr ibu yg menyusu anaknye...hehehe

Fieza79 berkata...

FS mmg terbaik dan menjadi idaman para ibu...tp memandang kan skrg ni pki unimom allegro double pam dan lumayan hasil maka pasrah utk memiliki FS...huhuu...

toughcookie berkata...

kawan i pakai medela freestyle tu. sangat senang bila bekerja sebab kecik, ringan dan boleh recharge. so, you boleh bawak ke mana saja. i pulak sejak jada dulu, i have the avent isis iq duo pump. benda ni berat sangat dan bulky tapi kawan i yang pakai medela tu, dia kata avent pakai lagi sedap dan kurang sakit sebab sebelum ni dia pakai avent single pump. tapi sebab avent duo pump terlalu bulky, dia pakai medela. i rasa dua2 ni memang ok.

mia izzati berkata...

saya mmg tak tahu bab2 pam ni masa bersalin anak pertama..pam sy guna tu pureen mcm gambar satu tu..menyesal..