Sabtu, 24 Mac 2012

Contractions

Dah ada contraction sejak pagi tadi. Tapi, sampai sekarang tak kerap sangat. Dalam sejam tu mungkin 4-5 kali aje kot. Tak sesuai la kot nak pegi hospital lagi. Dah ada keluar tanda, tapi dengan contraction slow macam ni, lambat lagi la kot. Aku ingat lagi masa Madihah dulu, contraction dah menggila dah, tapi baru bukak 3cm,..alahai. 
Kali ni harapnya lebih cepat dari Madihah lah, aku tak sure dah bukak berapa cm sekarang. Mungkin baru 2cm kot. Takpe la, aku tunggu aje dulu. Lagipun due aku hari Isnin ni. Madihah dulu pun ikut due date. Mungkin adiknya ini pun sama kot. Cuma bezanya, adiknya bagi mak contraction awal.
Mak aku dah bising suruh pegi hospital, aku kata tengok la malam nanti. Iye la pulak, dulu time Madihah, pukul 4 petang dah masuk wad, 10 pagi esoknya baru bersalin. Masa aku masuk wad petang tu, nurse tu siap boleh cakap lagi, ni lambat lagi ni rasanya, sebab aku boleh gelak2 lagi...Kali ni aku nak bersalin kat goverment, sure dia suruh balik kalau tak bukak banyak lagi kan? 
Tak mau ambik risiko disuruh balik, baik aku tunggu aje dulu..huhu..

4 ulasan:

transformed housewife berkata...

semoga selamat nanti. mmg kalau baru bukak sikit, diaorg suruh balik.

sue zainun berkata...

mudah-mudahan semuanya ok..insyaallah :)

mama_umar_maryam berkata...

semoga slmt nnt sumernyer..insyaAllah..

mariaariffbaby.com berkata...

lor..kita mmg takde experience normal contraction as semua kena induce

good luck darl!