Rabu, 21 Mac 2012

Check up Hospital

Aku penat betul hari ni. Separuh hari aku untuk check up kat hospital. Memang kalau pegi hospital kerajaan kena bersedia la untuk menunggu (ingat nak layan aku sorang je ke? hehe). Aku kena refer ke hospital sebab mengikut laporan klinik kesihatan, aku ni terlebih berat dan baby aku besar. Disebabkan itu aku kena datang check kat klinik 2 kali seminggu selama 2 minggu berturut-turut dan ambil ujian air gula (kena ambil darah sebelum & selepas). Nak check up kat hospital pulak kena datang sekali untuk buat appoinment dan datang semula minggu berikutnya ikut appoinment yang dah diberi.

Sekali, lepas aku jumpa doktor kat hospital tadi, tau doktor cakap ape?

"Mana ada awak terlebih berat, baby tak besar pun? Jangan2 penimbang kat klinik tu yang tak calibrate.." 

Adoii!!!! Sabar aje laaaa....Ni siapa yang silap ni? Aku ke?


4 ulasan:

cikguhani berkata...

hee..sabo nia...dugaan tu..takpe.yg penting sihat dan dipermudahkan nanti..insyaallah.

transformed housewife berkata...

Knur pun pernah kena check byk kali sbb suspected ada diabetes masa pregnant first time dulu. Kesian Nia tak psl2 kena pergi byk kali jugak. Psl barut tu, Knur lupa nak cakap yg Knur beli masa expo MOm & Baby dulu. Tak sure ada ke tak jual online. nanti Knur cuba cari pamphlet expo tu balik.

mama_umar_maryam berkata...

tu yg tensen dgrnyer..lenkali cekla btol2 kan..nyusahkn btol kene tgu lame2 kt spital tu,huhu,eh,aku lak hangin

isabelle berkata...

wahaha..berjabu punya tunggu, itu yg dpt