Selasa, 20 Mac 2012

39 minggu : Kerja Lagi

Setakat ni takde tanda-tanda bersalin lagi. Aku masih pegi kerja lagi. Tapi ada kemalasan nak bawak kereta. Kadang-kadang aku terasa orang-orang yang memandu dengan cara menyakitkan hati ni cuma muncul 'time' aku bawak kereta aje. Aku tak tau la hormon pregnant ni ke yang menyebabkan aku 'hangin' satu badan atau diaorg tu memang menyakitkan hati.
Ini antara insiden yang aku masih hangin :

1) Minggu lepas : Aku dah lama bagi signal nak masuk simpang, bukan tiba-tiba baru nak bagi, tiba-tiba datang bas Ekspres Rengit kaler hijau bawak laju macam nak pegi maner ntah kat belakang aku, dia hon aku gila-gila. Ini bukan jalan lurus atau highway pun, depan dia tu roundabout kot. Apahal nak bawak laju sangat? Apahal ko?

2) Kereta yang dari arah bertentangan tapi tak reti sabar. Sampai 10 kereta dia nak potong sekali. Aku kat 'lane' lagi satu ni pulak kena mengelak dia. Sakit betul hati..haih! Apahal ko?

3) Kereta yang menyelit dan potong 'Q'. Kita boleh 'Q' elok2, dia tak boleh pulak. Apahal ko?

4) Kereta takde 'signal'. Kadang2 tu kereta punya mahal, signal tak reti pakai. Terutamanya kalau nak masuk simpang. Apahal ko? 

Harap-harap anak aku tak ikut perangai aku yang emosi ni..haih!



5 ulasan:

AdiaLuze berkata...

Assalammualaikum ...

Biasalah tu sis. Bila kita yang pegang stereng, mesti EQ melebihi IQ. Kalau dok sebelah pemandu, pandai pulak suh pemandu tu bersabo kan .. Hik hik hik

eima berkata...

berdebar dah ni klu aku ... aku dlu 38 minggu dah bersalin dah ....hohoho sbb anak ke2...


good luck nia dan selamat push2

transformed housewife berkata...

bukan masa mengandung je kot Nia. org tak mengandung pun bengang kalau kena mcm NIa. mmg rata2 bawak kenderaan mcm pelesit, tak ikut peraturan dan ikut suka hati diaorg.

adianiez AIDA berkata...

Nia, selamat ye menunggu detik bersalin. good luck... biasa la tu emosi bertukar-tukar. tak pregnant pun kita emo kan? hi hi....

CikLilyPutih berkata...

take care nia..