Isnin, 27 Februari 2012

Diari Lama


Aku jumpa 'diari' ni dalam stor semalam.
Ini 'diari' aku dengan BF aku, Are. Kami ada dua buku (yang dia buat), kami akan tulis dalam tu macam diari dan akan bertukar buku tu tiap kali kami jumpa. Jadi, dua2 buku ada cerita kami. Semua ni dalam tahun 2003.
Tapi, lepas masing-masing dah bekerja, kami tak tulis dah. Lagi pulak sekarang sama2 dah kahwin dan sibuk dengan anak. Sekarang aku jarang jumpa Are, tapi ada time kami akan contact juga. Tak tau dia ada simpan lagi tak buku satu lagi tu..hehe..
Istimewanya buku yang ada kat aku ni, aku ada tulis tentang pertama kali aku jumpa suami aku sekarang. Tapi, itu aje la, lepas tu aku dah sibuk dengan kerja, langsung tak tulis dah..huhu...Makanya, takde la cerita macam mana kami jatuh cinta, maknya merisik dan sebagainya. Kalau tak, memang epik la..haha..

Korang dulu ada tulis diari? ;)

2 ulasan:

adianiez AIDA berkata...

aida tak pernah ber diari. blog aida tu la first ever diari... tu pun byk pasal anak2 jer :)

nota kaki : da singgah blog aida lom ari ni? ~ AIDA'S HOME SWEET HOME ~

Adzrah berkata...

Alamak, Nia. Ko simpan lagi diari tu? Aku pun ada simpan. Hari tu Zam terbaca, dia bantai gelak sorang2. Ni QQ punya habit suka menyelongkar. Dah tu, dia pi tunjuk pada Papa dia. Teruk gak aku kena gelak. Tapi, memang epik la! cerita ko, cerita aku... mcm serial gitu! Hohoho!!