Rabu, 29 Februari 2012

Apa nak buat bila kaki cramp?

Kaki aku selalu kejang atau 'cramp' time pregnant. Masa Madihah dulu pun. Selalunya aku kena time tidur. Tiba-tiba aje terasa kejang dan sakit yang sangat 'extreme'. Masa pregnant si Madihah dulu, aku memang sorang2 sebab En.Suami tengah KPLI kat Kelantan. Time tu memang tak tau macam mana nak buat kalau 'cramp' ni. Nak mintak tolong pun takde sape masa tu. Terkebil-kebil la aku menunggu sakit tu hilang biasanya. Paling seksa kalau aku nak pegi toilet masa tu, terpaksa tunggu jugak hilang 'cramp' sebab tak dapat nak berjalan.

Bila pregnant kali kedua ni baru la rajin sikit mencari info, kalau kaki 'cramp':

1) Tolakkan kaki tu bagi tegak. Boleh mintak tolong sesiapa yang ada. Kalau aku punya kes, aku kejutkan En.Suami. Pagi semalam aku 'cramp', dia ingat aku kejutkan dia sebab aku dah sakit nak bersalin. Dia panik weh, maklum la masa Madihah lahir dulu dia takde, jadi ni 1st time dia nak tengok anak dia lahir. Haha, sampai sekarang aku rasa nak gelak besar, jahat betul aku.



2) Kalau tengah sorang2, tekan kaki tu pada dinding

Mula-mula memang terasa sakit, tapi sakit tu akan hilang sikit-sikit. Selain itu, korang boleh baca cara menghindari 'cramp' di sini

Ada petua lain untuk 'cramp'? Kongsi la ya...:)







3 ulasan:

kayyana berkata...

ade org bg cadangan kt saya. kalau time pregnant, nak elakkan kite selalu kene cramp jgn makan/minum ais.. dan bile nak tdo urut dulu kaki tu then alaskan dengan bantal. saya amalkan alhamdulillah.. saya tak pernah lg kene cramp kaki masa pregnant.. alhamdulillah..

adianiez AIDA berkata...

tak bleh tahan if cramp. kalau tgh tido, bleh terjaga!!!!

nota kaki : da singgah blog aida lom ari ni? ~ AIDA'S HOME SWEET HOME ~

mama_umar_maryam berkata...

aduhai,xde petua mmg,klu aku terkena ni mase preknen,jerit je smpi laki aku kelam kabut igt aku nk terbanak,hahaha,btollah tu,tegakkan kaki..tp klu sorg2 terkena,nangis jelah dulu ;(