Jumaat, 6 Januari 2012

Susah bila bad mood


Aku selalu nasihat orang, kalau kita rasa mood tak best pagi-pagi, lupakan aje dan fikirkan perkara gembira. Kalau kita bad mood, orang keliling kita pun akan terasa 'impact' nya. Dalam erti kata lain, orang lain pun akan terasa malas nak layan kita sebab kita bad mood.

Malangnya, bila turn aku bad mood, banyak perkara lain yang buat aku bad mood akan bertimpa-timpa datang pada hari yang sama. Jadi, setiap kali aku berjaya lupakan, datang lagi benda yang buat aku bad mood. Ada sekali tu masa nak pegi kerja, aku bertembung dengan 3 traffic jam.

1) Orang repair jalan
2) Orang accident
3) Paip air pecah kat tepi jalan

Mood aku pada hari itu, sangat la ampeh. Tapi, seingat aku, aku tak marah2 orang hari tu, cuma aku rasa hangin aje.

Hari ni, tak tau lagi macam mana. huhu...

2 ulasan:

Ieda AlHabsyi berkata...

aku mood hari ni kureng sebab tak berapa sihat..sob..sob..

transformed housewife berkata...

mungkin sbb skrg kot. Org mengandung ni mmg cepat hangin sikit. K.Nur pun sellau jugak hangin skrg tapi taklah lepaskan pd org lain.