Khamis, 12 Januari 2012

Hyper Madihah

Secara jujurnya, aku dan En.Suami jarang sangat bawak Madihah keluar ke shopping complex. Alasan kami, susah nak control Madihah. Tapi, nasihat dari member aku baru-baru ni buat aku terfikir, katanya aku dan En.Suami tak boleh pentingkan diri, kami kena bagi peluang Madihah untuk belajar kenal persekitaran juga. Berbekalkan nasihat tu la, kami berkobar-kobar membawak Madihah ke Sunway Pyramid masa Deepavali baru-baru ni (ok, aku tipu.. Deepavali mana ada baru, berzaman dah..hehe)
Masa masuk kedai belon ni, dia dah menunjukkan semangat hyper dia dah.


Ni dia dengan sepupu dia, Adibah. Serius aku malu dengan kakak ipar aku, anak-anak dia behave jugak, tak hyper macam Madihah ni..huhu...

Ni hiasan sempena Deepavali, memang cantik, aku pun terpegun.

Madihah sangat terpegun ok. Sampai dia boleh jatuh dan langgar pengadang yang berbunga-bunga tu sebab nak masuk ke dalam kawasan tu. 2-3 tiang pengadang tu jatuh masa dia langgar tu. Gambar dia bagi jatuh tiang-tiang tu memang takde la ye, ape ke hal pulak aku kalut nak ambik gambar time anak aku jatuh..haha...Kesian pulak tengok dia, lepas tu memang aku takde ambik gambar ape2 dah, aku concentrate melayan dia aje.

Aku dan En.Suami sepakat pada hari itu,
Anak kami perlukan lebih pendedahan di luar!
hehehe..

Macam mana korang ajar anak korang ya?

4 ulasan:

isabelle berkata...

sambil bawak jalan tu sambil ingatkan berkali-kali..jangan melompat sakan, jgn lari2..etc (dasar mak kuat bebel)

FiraHamzah berkata...

Nia,
Anak hyper memang biasa..sama la dgn anak fira. Every weekend kiteorang memang akan bawak dia keluar berjalan. Dan tak menggunakan stroller. Bagi dia biasa berjalan sendiri. Suami nak ajar dia berdikari & berani dgn persekitaran.
Ada masa memang letih sebab kena layan dia yg kekadang bad mood, letih & bila dia nak kan sesuatu tapi tak dpt..
Benda2 nih camni mengajar kite lebih memahami kehendak anak aku rasa. takper la dia hyper, as long dia aktif & boleh di control. :)

my2cents :D take care babe!

e.l.i.s.s.m.i.e berkata...

nuha pun x der la behave mana tapi dengar kata jugak la.tak pernah jadi masalah dah laa bila dah besar ni bawak gi mana2.

transformed housewife berkata...

Tak tahu pulak mcmmana nak ajar anak2 behave kat luar sbb anak2 Knur mmg biasa behave kalau depan org lain. Diaorg ni hyper kat rumah sendiri je. Maybe Nia boleh baca artikel psl active kids.