Selasa, 10 Januari 2012

Hospital Swasta

Aku confirm sangat nak bersalin kali ni kat hospital kerajaan aje, sebab Madihah dulu dah merasa bersalin kat swasta. Dulu, aku pilih swasta sebab En.Suami kat Kelantan untuk KPLI dan aku jumpa mak ayah aku time weekend aje. Hospital swasta ni yang paling dekat, jadi aku fikir kot2 nak kena pegi sendiri, mampu la aku.
Pengalaman aku bersalin swasta dulu, ada sorang senior nurse tu layanannya ganas jugak. Kalau nurse yang muda dan anak dara memang baik la masa tu, siap urut-urut badan aku lagi masa aku tengah sakit gila nak bersalin tu. Tapi yang senior nurse ni siap boleh bagi aku 'dirty look' lagi bila aku tengah sakit. Dia expect aku tersenyum-senyum ke time aku dah nak terberanak tu? Ingat aku buat2 sakit ke ape? Tu pun nasib baik la aku tak terjerit-jerit kat wad tu (sebenarnya aku tak tau macam mana ada ibu yang mampu menjerit masa tu, dia punya sakit bersalin tu buat aku rasa nak bercakap pun malas..)

Sr. nurse ni boleh membebel2 kata aku ni dah masuk wad punya lama, tapi tak bersalin2 jugak. Orang yang masuk wad lewat dari aku pun dah bersalin dulu. Masalahnya, mak dengan ayah aku memang hantar aku masuk wad tu awal sebab diaorang takut kalau aku start sakit tengah2 malam, diaorang tak larat nak bekejar ke hospital. Masa aku masuk wad tu, tak sakit sangat pun lagi, aku boleh gelak2 lagi. Apa masalah nurse sorang ni pun aku tak tau. 3 kali dia ulang2 cakap aku macam tu. Masa doktor dah sampai pun dia membebel macam tu jugak.

Lepas kena layan macam tu, kena bayar bil dia yang tak munasabah tu, perghh..

Anak yang kedua ni, perancangan kami nak bersalin kat kerajaan aje. Tapi, aku tak berani cakap lagi la, awal lagi. Aku serik dengan nurse yang sorang tu aje, geram bila teringat. Aku tau, bukan semua nurse macam dia tu, tak profesional, dah jadi bahagian aku nak berjumpa dengan dia kan. Redha aje laaaa...


10 ulasan:

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) berkata...

kalau mcm tue boleh buat report.. ila kalau kat swasta buat kerek mmg nak kenala kan?? tp kalau gomen ila sedapkan ati diorang penat layan ramai sanagt org..

Fieza79 berkata...

laa..biasanya kalo layanan di hospital swasta baik2 je kan sb berbayar..ini dah mcm gitu plk...hospital kerajaan skrg dah ok...layanan pun dh mesra...

Nurull 101 berkata...

betol tu...rezeki masing2. Sy bersalin kt hospital gomen, alhamdulillah, nurse takde masalah. Cuma rules husband takle tunggu je lah..even duduk kt 1st class

ibu MZW @ farah idayu berkata...

Salam...eh, kat spital swasta pun ade ekk nurse camtu? isk..isk..boleh komplen ni..dahla kene bayar mahal kan..x patut diberi layanan begitu..org sakit kan kene layan elok2 =p

isabelle berkata...

tu la pasal..bersalin kat private ni tak semestinya bagus (sebab i prnh keje kat klinik bsalin swasta).
tapi bila bersalin kat gomen, u jgn la put too high expectation.

sue zainun berkata...

orang cakap kalau swasta nih layanan superb best berbanding goverment..hehe tp yelah kan lain tempat lain cara..xsemesti government tu xbagus..

FiraHamzah berkata...

Babe,
Pendapat aku tak kisah la hospital mane pun kan, tapi yg kite concern adalah doktor2 dan nurse2 yg akan melayan kite kelak. Aku bersalin dua2 kat PPUM, Alhamdulillah doktor2 semua ok, nurse aje la..ada yg bg layanan baik, ada jugak yang srh kite buat semua sendiri..langsung tak nak tolong. geram gk bab tuh..tp aku redha ajela sebab dah namapun hosp gomen..hehe..all the best dear..semoga dipermudahkan ko bersalin nanti :D

Em's Family berkata...

hospital mane madihah lahir dulu?

transformed housewife berkata...

Knur bersalin anak pertama kat HUSM. Serik jugak sbb diaorg panggil doktor pelatih yg boleh silap cucuk kat tgn masa dia nak masukkan tiub utk air. rasa nak tendang je doktor pelatih tu sbb bengkak tgn kiri seminggu tau.

Anak kedua bersalin kat Waikato Hospital di Hamilton, NZ. Doktor Mat Saleh ok sbb diaorg dengar pendapat midwife yg jaga kita.

Ni anak ketiga ni, tahu lg. Masih dok fikir2 lg.

wanie berkata...

kak Nia,

ape nama spital swasta tu ye? =)