Isnin, 2 Januari 2012

Azam Tahun Baru - betul2 baru!

Aku rasa tahun lepas aku tak ada azam apa2. Jadi tahun ni aku nak pastikan aku ada azam yang aku betul-betul ikut.

1) Aku nak kurangkan bergurau-senda dan bergelak ketawa macam budak remaja. Sebab aku memang bukan remaja dah. Orang tengok aku pun tau dah..huhu..

2) Aku nak fokus pada masa depan aku. Pergh,,umur macam ni baru nak fokus masa depan. Hancur betul! Tapi, maksud aku, nak explore minat dan bakat aku yang sebenar. Hopefully, bakat aku tu bukan melawak.

3) Nak berpantang bersungguh-sungguh masa bersalin akhir bulan 3 nanti. (Ini pun termasuk dalam azam ke? apedaa...). Habis tu, masa aku bersalin Madihah dulu aku berpantang sempoi jerk.

4) Tak nak ikutkan lembut hati aku lagi. Kena lagi profesional. Lembut hati pun biar bertempat.

5) Aku nak habiskan projek felt aku yang terbengkalai. Aku banyak projek nak buat dengan felt, tapi tak buat-buat..hehe..

Itu aje, tak nak banyak-banyak, nanti kena carry forward pulak ke tahun akan datang..hehe..

2 ulasan:

Em's Family berkata...

tapi biar muka hati muda remaja, still young forever, chewahhh..

cikpuanhady berkata...

selamat tahun baru..