Rabu, 7 Disember 2011

Yamseng di Sin Choi Wah Restaurant

Seumur hidup aku, tak pernah lagi aku attend Chinese Wedding. Tapi, Sabtu lepas aku dapat pegi..
(dgn bangga..) Ada kawan ofis aku jemput, aku pun pegi aje la..hehe

Ini la restorannya, Sin Choi Wah Restaurant di Bandar Manjalara, Kepong

Ada satu meja khas untuk muslim, makanan kami tak dimasak di dapur restoran ni, tapi dibeli dari luar. Alat-alatan macam pinggan, sudu, garfu pun dari luar juga. Memang tak ambil dari restoran ini.

Ini lauk kami, rasanya dari restoran mamak ni..hehe..Tapi, memang sedap. Walaupun kami tak dapat makan Chinese Set macam yang lain, dapat makan set ini pun dah cukup puas hati :)

Aku dengan kak Saba aje perempuan Melayu malam tu..hehe

Sebenarnya tak payah tunjuk yang mana satu aku pun korang dah tau kot..hehe..Ini la rupa baju poplook yang aku beli tu. Memang boleh pakai masa pregnant. Aku pregnant 6 bulan sekarang.
Aku baru tau, kalau lagi panjang diaorang sebut Yamseng sebelum minum tu, lagi berkat la kot untuk pengantin. Kami ada buat juga untuk pengantin, tapi tak cakap yamseng pun, aku cuma sengih je masa tu, takut anak dalam perut aku terkejut lak dengar mak dia jerit yamseng kuat2..hehe..Lepas tu guna air fanta oren, bukan wine arrr...

Pada kawan aku tu, Lee Yee Loong dan isterinya Chong Siew Fun, congrats!! Thanks for inviting me! :)

Korang ada pengalaman pergi Chinese Wedding?




2 ulasan:

Ladysirna berkata...

belum ada experience lagi sebab aku ni ada sedikit ke was was san ..hahaha...kalau betul yakin halal baru pergi, tapi ur member ni bagus la sebab dia memang order makanan halal from mamak

Syigim berkata...

menarik posting ni. dah 6 bulan ye nia! cepat je! nmpak berseri2. apsal u xkembang2 ye.. kalau i dah mcm penguin :P

i penah attend chinese wedding tp buat kat hotel, so kitchen halal (insyaAllah). pun kena jerit yamseng jugak. hihi. seronok, pengantin akan dtg to every table utk yamseng sama2. so byk kali kedengaran yamseng.. ;)