Selasa, 27 Disember 2011

Tengok Perut Ler

Aku dah terbiasa dah sekarang ni, kalau orang tanya aku berapa bulan pregnant, dan aku jawab 6 bulan, ia akan diikuti dengan orang itu memandang perut aku dengan muka heran..
Diikuti pula dengan remark, tak nampak perut pun? Aku tak decide lagi aku selesa atau tak orang tengok perut aku ni. Tapi, aku rasa kelakar.


Ada kakak tu cakap, sebab badan aku tinggi, jadi tak nampak sangat perut. Pada aku, nampak aje perut aku. Doktor pun kata saiz dia normal..(OK, aku tipu, doktor yang nak check-up tu pun sampai tanya aku balik, bila sebenarnya aku last period, sebab takut salah kira) Dulu masa mengandung Madihah pun, masa dah 2 bulan terakhir tu, perut aku jadi besar betul, sampai orang ingat aku mengandung kembar..hehe..Kiranya aku ni, last2 baru ketara la kot.

Ni gambar terbaru aku, kiri sekali dengan baju yang dibuat modal untuk ke majlis..hehe..Ni wedding kawan matriks aku, E-jan. Bila aku kira-kira, aku kenal dia dari kami umur 18 tahun, dah lebih satu dekad kami berkawan. Tu pun tolak time si E-jan ni 'hilang' sekejap hari tu..ko 'hilang' lagi E-jan, siap ko.
Tapi, yang pastinya, perut aku memang nampak pun..hehe..



5 ulasan:

Lady of Leisure berkata...

hehe nampak perut, comel n berseri2 wajah ibu preggy ni.. :)

rose ~ Ibu Rafiq dan Aishah~ berkata...

tahniah nia..dah pegnent..kita baru tahu ehehhehe ketinggalan ketapi kan..:-)

transformed housewife berkata...

dah nampak dah perut Nia. Knur perut tak ketara sgt lg sbb baru 13 minggu je pun.

sue zainun berkata...

hehe nampakkk..

mama_umar_maryam berkata...

heheh,samelah dgn aku, mmg xketare sgt,tp bile dh masuk 7 bulan tibe2 mcm otomatik bulat dan besar,hahaha